Sunday, August 29, 2010

Dah bayar ke belum??

-Click for enlarge-
(Source: http://www.e-zakat.com.my/baru/images/sms-celcom.jpg)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”
(Abu Daud)

Alhamdulillah...Tahun ni tahun pertama aku bayar zakat sendiri. Ye la..sebelum ni kan x kije lg..so, terpaksa la orang len bayarkan dulu. Sebenarnya aku teringin sangat nak bayarkan zakat untuk mak ngan abah. tapi gaji aku bulan ni disekat. huhu..macam2 yang aku rancang tergendala.

Buat mak abah,
"Mak..abah..adik mintak maaf..xdapat adik nk belikan apa2 untuk mak abah raya ni..sob..sob..:'(" Terkilan dengan diri sendiri.

Buat kesemua 30 anak saudara paksu,
pak su mintak maaf..duit raya korg untuk tahun ni tergendala lagi. InsyaAllah..kita tunggu raya tahun depan plak k..mungkin Pak su 'double'kan duit raya tahun ni untuk tahun depan. Doakan Pak su murah rezeki.

Buat Nurul Izzati,
Sepatutnya aku yg bagi duit raya kat dia. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Dia pulak yang pinjamkan duit untuk aku. Thank you honey. hukhuk...Mungkin yang mampu aku bagi hanyalah sekeping kad raya 'Radicare'. Tu pun free.

Berbalik kepada perancangan aku tadi, semuanya x kesampaian..huuuu...ni antara yang aku rancangkan untuk raya tahun ni:
1. Duit raya untuk anak saudara (RM10 x 30) = RM300
2. Duit raya untuk Mak & Abah (RM200 x 2) = RM400
3. Duit raya untuk Nurul Izzati = RM50
TOTAL = RM750

Ada lagi perancangan lain sebenarnya macam bayar hutang, duit belanja untuk 'next month', bayar PTPTN. Semua dah dirancang dengan rapi. Tapi nak buat macam mana kn xde rezeki lagi nak tunaikan sumer tue..Kita cuma mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Betul la tu..

Apa pun, jangan lupa bayar zakat..rukun islam ke-4 tu..korang da bayar belum??

Monday, August 23, 2010

Kawen oh kawen...

"brapa hantaran ko?"

"rm10 k..standardla skrg jat..."

"ek? owh..okayy..." sigh.

kenapala org2 kita suke letak hantaran tinggi2..kang kalo aku tak ikot arus zaman, kang kene kutuk lak ngn org sekeliling..tapi bukan kah wanita yang baik adalah wanita yang rendah maharnya? huk..sobs...

aku rasa, byk cara gak org letakkan duet hantaran ni..biasanya yang paling biasa aku dengar..tahap pendidikan pempuan tersebut...so, kesimpulannya, hantaran kawen untuk budak lepas spm secara logiknya, lagi murahla dari budak lepas degree..kalo budak tu ada master, phd?? warghh..mak aih..ermmm...adakah aku kene kawen sebelum aku dapat master aku?? huk..adakah itu yang menjadi kayu pengukur kebahagiaan rumah tangga? sobss.. lagi...

Yang aku faham, hantaran adalah untuk wt cover majlis kenduri kawen pihak pempuan..ermmm...kalo hantaran besar, besarlah majlis gamaknya..tapi kalo hantaran sikit, wt majlis kecik2...bley jugak kan?

aku mmg kurang keyakinan diri sikit nak bgtau apa yang tersirat dalam hati aku..apa yang aku faham ttg hidup ni.. ermm..mungkin aku lambat matang..aku lambat explore dunia..ekceli aku mmg org yang slow sikit..so, kalo ada sesape diri beliau loser ke hapa, you're definitely not alone...huuu...

tapi inilah yang ada dalam fikiran aku skrg..aku masih lagi dok pusing2 pk, kenapakah perkahwinan ini jadi susah sedangkan kita sedang cuba nak elakkan maksiat dan fitnah org yang melata...huk..inilah bila kita mendahulukan adat dari hukum.. sobs..lagi..

tak semua org ada degree, keluar universiti dapat keja bagus, beli keta trus vrooom2..hidup lancar, tak ada susah...kalo korang ada diantara mereka2 yang terpilih untuk diuji dengan kepayahan untuk memulakan hidup..korang tak bersendirian...adalagi org yang lebih susah...aku penah jumpa org yang ada degree USM, tapi bila da grad, dia mula idup jadi buruh kasar ja...sekrg dia da keja level diploma..tapi dia hepi dgn keja dia..dan dia adalah antara staff fak aku paling aku hormat masa aku wt degree dulu..walaupun dia bekerja bukan guna kelayakan dia yang sepatutnya, dia langsung tak kesah... tabik untuk encik Azli.. :)

so, bila sedang down cenggini, tak bley la asik nak pandang org yang dok belajar obersea, dapat tajaan, tak berhutang bila da grad, dan trus dapat keja bagus...tak smua ada rezeki mcm tu...ujian diorang part lain..yang kita tak nampak..ujian kita part ni...ujian kita adalah mcm mana nak survive dalam hidup berbekal sumber kewangan tak smp dua ribu sebulan..dengan tanggungan sebulan yang hampir lebih separuh dari elaun sebulan..ermmm..thaT'S my part..

sekurang2nya aku lebih baik dari org takde rumah, belajar takat darjah 3 sebab tade duit, mereka2 yang diuji dengan persekitaran yang sosial smp tak sedar pun betapa pentingnya ilmu...sekurang2nya, aku dapat jadi org..walaupun org yang tak brapa nak menjadi...aku sedang cuba improve diri aku..supaya aku lebih baik dari hari ke hari..

opss..lari topik lagi..hahaha...

kesimpulannya, kalo tgk org countdown hari kawen memasing...itu rezeki mereka...smoga mereka berbahagia...kita pun akan smp hari kita, cuma bila tu kita tak tahu..just keep praying dan berusaha...

Kita salu pandang apa yang kita tak ada...sedangkan apa yang kita ada, tak pernah kita hargai...

syukran Ya Rabb...
24th August 2007