Sunday, September 27, 2015

Bienvenue à Genève - Part 3

Hari kedua dan seterusnya...
Aku ada satu hari lagi untuk berjalan-jalan sebelum tugas rasmi bermula..Awal-awal pagi lagi aku dan kawan aku dah keluar..excited punya pasal. kali ni aku decide untuk guna public transport. kat Geneva ni. Kalau kita menginap di hotel, kita akan dapat free pass untuk public transport. So, tak perlu beli tiket lagi..terus boleh naik dan turun dari public transport sesuka hati. syiok!! Kat Geneva ni ada 4 jenis public transport iaitu tram (keretapi yang lalu atas jalan raya tu), bas, mouettes (boat kuning) dan keretapi. Public transport kat Geneva ni sangat banyak juga efisien dan yang menariknya tiada sapa pun yang akan check tiket masa dalam train/bas tu..
 
Biar gambar berbicara...

Blendonnet station
(paling dekat dengan hotel)
Di depan bangunan PBB
Broken Chair
(Depan bangunan PBB)
Ready untuk naik boat
I feel good
Pergunungan Alps diliputi salji
Great architecture
Underground shopping mall
(Bawah stesen Gare Cornavin)
Night at Geneva
Malam sudah tiba
Sempat jugak melawat masjid di sini
Nama stesen keretapi ni aku dah lupa..
kalau nak ke France boleh naik keretapi ni
Pagi terakhir..suhu sekitar 15 C
Congratulation to all participant.. we did it!!
TAMAT kisahku di Switzerland..



Bienvenue à Genève - Part 2

Hari pertama aku sampai kat Geneva, aku cuma pusing-pusing sekitar hotel saja. Saja nak tengok apa yang ada. Lalu tepi-tepi rumah orang dalam keadaan yang sejuk. Memang best. Cantik betul rumah-rumah orang kat sana. Misi aku sebenarnya nak mencari nasik. Tak sia-sia pencarian aku akhirnya aku jumpa satu restaurant ni..berkonsepkan mediterranian. Restaurant Royal Oriental. Halal dan Terbaikkk!!
Antara salah satu rumah yang simple dan cantik plus scary..haha
Bergambar di depan restoran
Set Kebab..marvellous!! sedap dan mengenyangkan..
Cerita di hari pertama..itu saja..sebab hari tu dah nak malam plus nak hujan pulak kan. Lagipun, 1st day tu tak biasa lagi dengan public transport. So, jalan kaki sajalah dulu. [Next~]

Saturday, September 26, 2015

Bienvenue à Genève - Part 1

[Selamat Datang ke bumi Geneva]

Akhirnya...
Sampai jugak aku di sini..Geneve airport ni taklah sebesar mana. Cuma aircraft yang kecik-kecik boleh mendarat kat situ. Safely touched down pada 30/03/2015 jam 9 pagi waktu Geneva.

Genevè Airport
Sengaja aku plan untuk sampai sana dua hari awal dari yang dijadualkan supaya ada masa untuk aku berjalan-jalan dulu..

Jadual kerja aku kat sana..heheh

Sampai saja di sana aku terus check-in hotel. Yang bestnya hotel ni dah sediakan transport dari airport ke hotel. so, tak payah la aku susah-susah aku nak mencari jalan untuk ke hotel..keluar saja gate terus nampak van hotel tu. Malu la kalau 5 stars rated hotel, airport transfer pun takda kan..Mövenpick Hotel and Casion Geneva. For details, click kat sini.

Aku di depan pintu utama hotel..sori..sejuk sikit time ni.
Dah siap check-in..dapat coklat free 2 keping..heheh
Antara yang tersedia..kebanyakannya non-halal
Ok. lepas dah check-in..berehat-rehat..tido semua..petangnya tibalah masa untuk berjalan-jalan. Yeehaa! Misi pertama adalah mencari nasik..sah orang Malaysia..~Mariii....[Next~]


Monday, April 20, 2015

LUFTHANSA: ~Love to fly with~

KLIA - Frankfurt Airport - Geneva Airport

Ok. macam ni..nak dijadikan cerita, aku dan kawan aku telah diminta untuk menghadiri meeting di Geneva, Switzerland.

Cut the story short, kami serahkan tanggungjawab untuk terbangkan kami ke Swiss pada Lufthansa Airlines. Germany adalah country of originnya. Nak tahu lebih pasal Lufthansa ada kat sini http://www.lufthansa.com/my/en/homepage.. yang ni Malaysia punya official website.

Logo Rasmi Lufthansa

Entri kali ni, aku akan cerita semua yang berkenaan dengan Lufthansa saja. Yang pasal keberadaan aku di Swiss akan diceritakan pada entri lain. mohon bersabar ya reader2 sekalian..hahaha

Untuk ke Geneva (Swiss) tak dak penerbangan terus dari Malaysia. So, mau tak mau kena transit jugak. Lufthansa akan transit di Frankfurt Airport. Sebab 1st time nak pegi Frankfurt, so aku pilih layover duration 5 jam. sebab mana la tahu tempat tak pernah sampai, mana nak cari gate lagi, cop imigresen lagi, tu yang aku decide untuk transit 5 jam kt Frankfurt sebelum flight seterusnya ke Geneva. 5 jam ok la,,tak la lama sangat. sempat la nak pusing2 utk window shopping. huhu.

Perjalanan dari KL ke Frankfurt mengambil masa 13 jam lebih kurang. Depart jam 1 pagi sampai Frankfurt dalam jam 8 pagi waktu tempatan..13 jam oii!! apa nak buat ni? tidak mengecewakan..banyak aktiviti boleh buat dalam flight. hehehe. main rounders? golf? chess? tidak sama sekali..hahaha..keja aku layan movie..tido..makan...bangun..layan movie..tido..makan..bangun lagi..layan movie lagi..itu saja yang boleh di buat..kih3..

Bab makanan..ermmmm...yang ni special sikit..masa booking tiket tu jangan lupa untuk request muslim food. kalau tidak, berpuasa lah anda dalam flight tu..ingat ya, mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim..hihi..kalau dari Malaysia makanan dia memang lazat..aku dihidangkan ayam rendang, nasik, brownie, buah2 dan lain lagi, 2 kali tau. 1st -  masa awal perjalanan, 2nd - masa dekat-dekat nak landing. Air aku mintak orange juice dan coffee, to play safe..Bismillah..Jemput makan..

1st Dish (Supper) - sejurus take off
 
2nd Dish (Breakfast) - sebelum touch down
 Cukupla tu.panjang pulak nak mengayat. tengok ja la gambar kat bawah ni.
Jauh perjalanan kami
Haha..gambar cliché kalau kat atas flight (kat google pn bleh dapat)
Subhanallah..hebat ciptaan Allah
Inilah tunggangan kami..thank you bird!
Alhamdulillah..Selamat mendarat di Frankfurt
Mengusha next flight plak..Geneva aku datang~~~~


 

Thursday, September 02, 2010

saya alergik wt data entry!!

ermm.. saat-saat memasukkan data adalah saat-saat paling mengantukkan mata dan kepala... aku rela p wt kertas daripada dok masukkan data, ngadap image analyzer, ngadap bende2 komputer ni mmg menyebabkan mata aku berat semacam..kenape ek? mungkin inilah sebab nya kenape aku tak ditakdirkan amek kos IT ke, software engineering ke..hehe..

tiba2 teringat kepada cik san... daripada awal proses pokok2 kenaf..sampai la kepada forming kertas, dia da tgk dan sama2 membanting tulang menolong.. :) ringan tulang anak bongsu pakcik Mat Ali ni...hik!

Masa kami seminggu mengadap kenaf2 fresh yang memiangkan seluruh badan, cik san sanggup datang dari bukit subang sebab nak tolong sama2 banting tulang proses kenaf yang sebanyak 2 tan tersebut..walaupun bukan smuanya kenaf untuk projek kami...aku ngn usna redha..pejam mata jer la..huhu...mujo nampak cik san dtg...tiba2 semangat aku bagai di cas2..hakhak...sungguh hyperbola.. :p

Baru2 ni plak, Cik san ada interview kat putrajaya, aku pun saja bawak2 dia p tgk lab...tgk camna kenaf yang dia dok banting aritu, da siap pun jadi kertas..hehe.. sronok share knowledge..tringat bawak adik bongsu aku masuk lab aritu..muke eksited tak bley blah.. "rasa mcm masuk lab sains!!" hahaha.. mmg la, ni pun cabang sains jugak cik adik tomeiku cyg.. :D

ok..masa merehatkan mata sudah habis.. saje nak tunjuk rajin depan senior incik iran yang dok kutuk aku direct tadi..pergh..pedas!! dia kata aku dok chatting ja spanjang masa...pergh!! ko tgk la aku siapkan research poster terbaaiiikkkk punyer!!
24th August 2007