Thursday, September 02, 2010

saya alergik wt data entry!!

ermm.. saat-saat memasukkan data adalah saat-saat paling mengantukkan mata dan kepala... aku rela p wt kertas daripada dok masukkan data, ngadap image analyzer, ngadap bende2 komputer ni mmg menyebabkan mata aku berat semacam..kenape ek? mungkin inilah sebab nya kenape aku tak ditakdirkan amek kos IT ke, software engineering ke..hehe..

tiba2 teringat kepada cik san... daripada awal proses pokok2 kenaf..sampai la kepada forming kertas, dia da tgk dan sama2 membanting tulang menolong.. :) ringan tulang anak bongsu pakcik Mat Ali ni...hik!

Masa kami seminggu mengadap kenaf2 fresh yang memiangkan seluruh badan, cik san sanggup datang dari bukit subang sebab nak tolong sama2 banting tulang proses kenaf yang sebanyak 2 tan tersebut..walaupun bukan smuanya kenaf untuk projek kami...aku ngn usna redha..pejam mata jer la..huhu...mujo nampak cik san dtg...tiba2 semangat aku bagai di cas2..hakhak...sungguh hyperbola.. :p

Baru2 ni plak, Cik san ada interview kat putrajaya, aku pun saja bawak2 dia p tgk lab...tgk camna kenaf yang dia dok banting aritu, da siap pun jadi kertas..hehe.. sronok share knowledge..tringat bawak adik bongsu aku masuk lab aritu..muke eksited tak bley blah.. "rasa mcm masuk lab sains!!" hahaha.. mmg la, ni pun cabang sains jugak cik adik tomeiku cyg.. :D

ok..masa merehatkan mata sudah habis.. saje nak tunjuk rajin depan senior incik iran yang dok kutuk aku direct tadi..pergh..pedas!! dia kata aku dok chatting ja spanjang masa...pergh!! ko tgk la aku siapkan research poster terbaaiiikkkk punyer!!

Sunday, August 29, 2010

Dah bayar ke belum??

-Click for enlarge-
(Source: http://www.e-zakat.com.my/baru/images/sms-celcom.jpg)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”
(Abu Daud)

Alhamdulillah...Tahun ni tahun pertama aku bayar zakat sendiri. Ye la..sebelum ni kan x kije lg..so, terpaksa la orang len bayarkan dulu. Sebenarnya aku teringin sangat nak bayarkan zakat untuk mak ngan abah. tapi gaji aku bulan ni disekat. huhu..macam2 yang aku rancang tergendala.

Buat mak abah,
"Mak..abah..adik mintak maaf..xdapat adik nk belikan apa2 untuk mak abah raya ni..sob..sob..:'(" Terkilan dengan diri sendiri.

Buat kesemua 30 anak saudara paksu,
pak su mintak maaf..duit raya korg untuk tahun ni tergendala lagi. InsyaAllah..kita tunggu raya tahun depan plak k..mungkin Pak su 'double'kan duit raya tahun ni untuk tahun depan. Doakan Pak su murah rezeki.

Buat Nurul Izzati,
Sepatutnya aku yg bagi duit raya kat dia. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Dia pulak yang pinjamkan duit untuk aku. Thank you honey. hukhuk...Mungkin yang mampu aku bagi hanyalah sekeping kad raya 'Radicare'. Tu pun free.

Berbalik kepada perancangan aku tadi, semuanya x kesampaian..huuuu...ni antara yang aku rancangkan untuk raya tahun ni:
1. Duit raya untuk anak saudara (RM10 x 30) = RM300
2. Duit raya untuk Mak & Abah (RM200 x 2) = RM400
3. Duit raya untuk Nurul Izzati = RM50
TOTAL = RM750

Ada lagi perancangan lain sebenarnya macam bayar hutang, duit belanja untuk 'next month', bayar PTPTN. Semua dah dirancang dengan rapi. Tapi nak buat macam mana kn xde rezeki lagi nak tunaikan sumer tue..Kita cuma mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Betul la tu..

Apa pun, jangan lupa bayar zakat..rukun islam ke-4 tu..korang da bayar belum??

Monday, August 23, 2010

Kawen oh kawen...

"brapa hantaran ko?"

"rm10 k..standardla skrg jat..."

"ek? owh..okayy..." sigh.

kenapala org2 kita suke letak hantaran tinggi2..kang kalo aku tak ikot arus zaman, kang kene kutuk lak ngn org sekeliling..tapi bukan kah wanita yang baik adalah wanita yang rendah maharnya? huk..sobs...

aku rasa, byk cara gak org letakkan duet hantaran ni..biasanya yang paling biasa aku dengar..tahap pendidikan pempuan tersebut...so, kesimpulannya, hantaran kawen untuk budak lepas spm secara logiknya, lagi murahla dari budak lepas degree..kalo budak tu ada master, phd?? warghh..mak aih..ermmm...adakah aku kene kawen sebelum aku dapat master aku?? huk..adakah itu yang menjadi kayu pengukur kebahagiaan rumah tangga? sobss.. lagi...

Yang aku faham, hantaran adalah untuk wt cover majlis kenduri kawen pihak pempuan..ermmm...kalo hantaran besar, besarlah majlis gamaknya..tapi kalo hantaran sikit, wt majlis kecik2...bley jugak kan?

aku mmg kurang keyakinan diri sikit nak bgtau apa yang tersirat dalam hati aku..apa yang aku faham ttg hidup ni.. ermm..mungkin aku lambat matang..aku lambat explore dunia..ekceli aku mmg org yang slow sikit..so, kalo ada sesape diri beliau loser ke hapa, you're definitely not alone...huuu...

tapi inilah yang ada dalam fikiran aku skrg..aku masih lagi dok pusing2 pk, kenapakah perkahwinan ini jadi susah sedangkan kita sedang cuba nak elakkan maksiat dan fitnah org yang melata...huk..inilah bila kita mendahulukan adat dari hukum.. sobs..lagi..

tak semua org ada degree, keluar universiti dapat keja bagus, beli keta trus vrooom2..hidup lancar, tak ada susah...kalo korang ada diantara mereka2 yang terpilih untuk diuji dengan kepayahan untuk memulakan hidup..korang tak bersendirian...adalagi org yang lebih susah...aku penah jumpa org yang ada degree USM, tapi bila da grad, dia mula idup jadi buruh kasar ja...sekrg dia da keja level diploma..tapi dia hepi dgn keja dia..dan dia adalah antara staff fak aku paling aku hormat masa aku wt degree dulu..walaupun dia bekerja bukan guna kelayakan dia yang sepatutnya, dia langsung tak kesah... tabik untuk encik Azli.. :)

so, bila sedang down cenggini, tak bley la asik nak pandang org yang dok belajar obersea, dapat tajaan, tak berhutang bila da grad, dan trus dapat keja bagus...tak smua ada rezeki mcm tu...ujian diorang part lain..yang kita tak nampak..ujian kita part ni...ujian kita adalah mcm mana nak survive dalam hidup berbekal sumber kewangan tak smp dua ribu sebulan..dengan tanggungan sebulan yang hampir lebih separuh dari elaun sebulan..ermmm..thaT'S my part..

sekurang2nya aku lebih baik dari org takde rumah, belajar takat darjah 3 sebab tade duit, mereka2 yang diuji dengan persekitaran yang sosial smp tak sedar pun betapa pentingnya ilmu...sekurang2nya, aku dapat jadi org..walaupun org yang tak brapa nak menjadi...aku sedang cuba improve diri aku..supaya aku lebih baik dari hari ke hari..

opss..lari topik lagi..hahaha...

kesimpulannya, kalo tgk org countdown hari kawen memasing...itu rezeki mereka...smoga mereka berbahagia...kita pun akan smp hari kita, cuma bila tu kita tak tahu..just keep praying dan berusaha...

Kita salu pandang apa yang kita tak ada...sedangkan apa yang kita ada, tak pernah kita hargai...

syukran Ya Rabb...

Tuesday, July 27, 2010

My beloved Mr. San da dapat keje baru!!



Minggu ni antara minggu yang best...sebab, lagi dua minggu aku nak dapat keta baru..dan incik san pun da dapat keje baru...hehe..walaupun gaji naik sikit jer..tapi dengan company yang lebih establish..anak syarikat Radicare (M) sdn bhd..rasa secure sikit... :)


kereta idaman :)

Cik san pun kata nak beli myvi..dengan gaji dia skrg, ermm..mebi myvi jer la yang mampu..hee..ok..takpe..sebab planningnya konon2 pas kawen dia nak jual balik myvi tu,beli keta besar sikit..tapi aku tak nak jual my pinky okayyy!! hakhak..

Whatever it is, tajuknya hari ni adalah betapa bersyukurnya bila dikurniakan rezeki dari Allah..selepas semua jerih perih kami mencari tapak nak mula idup..

aku org sederhana, cik san pun..so kami byk kene berkorban untuk dapatkan hidup lebih baik..itu pasal la belum ada rezeki lagi mo kawen..takpela..cari tapak dulu...
heh..sebenarnya belum dapat green light dari cik san untuk bgtau semua org..tapi takpala..excited punyer pasal..hehe..

Semalam jumpa Dr. Ainun supervisor kesayangan aku, dia bgtau nak daftarkan aku ngn usna untuk poster presentation kat symposium organized by FRIM..kat KL..first time aku nak masuk bertanding my research project ni..salu tgk org jer bertanding..dapat gold la, silver la, bronze la...jeles tul..hahahhaa.. skrg da smp la masanya..tp result blum dapat..tak tau la sempat ke tak nak kejar sebelum oktober...nak siapkan poster...hopefully i'll make it..(^^,)

Tuesday, June 22, 2010

Erti hidup dengan memberi..

First of all, aku rasa byk entry aku kebelakangan citer pasal kesusahan idop jer..hahaha... mebi sebab selama ni, smua bende aku nak, aku bley dapat. tapi skrg, bila aku sambung belajar dan gune keta, aku rasa mcm aku sgt miskin papa kedana ja...dengan berbekalkan elaun biasiswa yang tak seberapa, aku bernafas setiap bulan..syukurla projek master ada dananya..kalo tak, jenuh aku nak korek celah mana nak buat research..huhuhu

bulan ni, alhamdulillah, keta aku tak buat hal sgt..cuma bateri ja kena tukar..so, mmg aku ngam2 ja..minggu terakhir ni ada rm 100 lebih nak buat makan..harap2 myk keta masih bley bertahan..itu pun, kalo rosak apa2 aku da tak p bengkel..aku helo2 abg sulung aku ja mintak tolong pomen...langkah jimat..hehe..

kalau dulu, duit tinggal rm 200 dalam bank aku da berdebar..cepat2 helo incik abah mintak hulur barang seratus dua..hehe...incik abah pun dengan penuh tawaduk menjalankan tanggungjawab untuk anak perempuannya ini..mujo la aku bukan jenis sopping sakan..baju kurung aku pun da lama tak bertukar..bukak almari tiap-tiap hari pun dok tenung ja..punya boring..tapi aku gila kasut..dalam keta aku da bley buat store kasut..hihhiihi..sungguh tidak bagus punyer prangai...:p

tapi skrg, aku nak train diri aku untuk btul2 manage duit sendiri..da besaq panjang, malu la nak mintak2 kat incik abah..:D

Lagipun, sejak Ihsan dok kl ni, byk jugak dia tolong aku...apa2 hal byk kami bley p settle sama2...cuma skrg, Ihsan da byk p outstation. tapi dia da pesan siap2..kalo tade duit, sila mintak pada beliau..wee~~ aku suka!! hahaha...

teringat masa ihsan susah payah siapkan final projek dia masa degree..aku masa tu da stat keje kontrak kat UPM..time dia susah, aku dok hulur sikit2 duit gaji aku buat tampung idup dia..sekarang, aku pulak susah..tiba masa dia pulak dok hulur2 kat aku..ermmm...idup ni mmg mcm roda kan....bila2 kita mampu menolong..tp akan ada masa kita terpaksa mintak bantuan org lain..hoho..

bila kita susah, setiap habuk makanan tu kalo bley nak makan sumer..tak nak buang sikit pun..tapi masa kita senang dulu, lauk tak abes trus buang..tak sayangnya pada makanan kan..nnt bila da takde apa nak makan baru tringat masa senang dulu tak penah nak beringat..

hee...memang berdarah jugak hati bila tgk rezeki org lain...tapi itu adalah perasaan apabila syaitan berbisik...never ever let them win..sebab sebenarnya bila kita diciptakan Allah, Allah da siap2 tulis da rezeki kita kat mana..so, jgn tertipu dgn tipu daya syaitan yang mmg kejenye nak menyesatkan anak2 adam...

Wallahualam..

Thursday, May 27, 2010

Elaun oh elaun...

Hari ni elaun scholar masuk...dapat ar duit poket rm 1500..hape lagi, enjoy!!! enjoy jadah..duit keta, duit myk, duit brg dapur, duit sewa umah, duit api air, duit utang ngn member dan lagi dan lagi...list yang setiap bulan kene check everytime duit elaun masuk...lalalala...ni baru nama idup..we need to pay bills to live..cet!

bulan ni, bulan pertama la aku nak belajar jimat cermat..setelah bulan lepas dilanda kesukaran hidup amat sgt..setelah incik kreta membuat hal yang tidak mampu aku handle sendiri..tiba2 aku rasa cita2 aku da bertukar nak jadi cik pomen..kalo aku seorang cik pomen..mesti incik kreta takut nak buat hal kan..sebab dia tau aku mmg tak takut kalo dia buat hal..ni atas sebab musabab aku bukan cik pomen lah..incik kreta brani memijak kepala tuannya...hampagas btul..tapi takpe..walau apa pun, incik kreta tetap di hatiku..dok berkhidmat siang dan malam...hehe..jgn majuk lagi k incik buah hati pengarang jantung..hehe...

Aku mula belajar berjimat, tadelah makne aku boros..aku tak boros..cuma skrg kene sgt berkire2 untuk mengeluarkan duit blanje..hihihi..aku nak tanam niat bulan baru nih..tanak mintak duit kat incik abah ngn incik abg lagi da...tebal da muke..walaupun mak aku cakap, taraf aku sbg student ni, membolehkan aku memintak duit lagi, tapi hagak2 la..sndri mau ingatla..da besau pjg...nnt nak kawen cane..takkan nak mintak duit lagi..waaa~~ nak kawen kah~~ gatai sungguh..(--")

tapi, aku rasa, aku enjoy bila mana aku dok mengira2 nak spend duit..even on food pun aku berkira..so, jgnkan pulak nak kira2 nak p join tgk robin hood ngn shrek final episode kat wayang ngn cik2 housemet..hihihi..pastu, aku rasa sgt menghargai makanan2 bila mana kita beli dengan belen duit yang makin menyikit..kalo dulu aku dok marah2 makanan tu sebab buat aku jadi gemuk..skrg, dengan sen yang ada, aku bantai nasik2 tiap2 hari untuk cover lapar selama yang boleh...malam plak masak nasik lagi..masak lauk sendiri...ikan bilis bercili ngn telur dadar, kuah kicap cap kipas udang kaler merah..pergh!! prasaan dia, kalah kenny rogers..hihihi..

sekali sekala terima ujian Allah ni, menjadikan idup kita bervariasi..seronok pun ada, kadang2 sedih pun ada..standardlah..tapi bila di uji, dan kita redha menerimanya, akan ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan...subhallah..hihihi..

p/s: pasni nak cabar diri menabung plak..hehe..

Monday, May 24, 2010

Masa-masa sukar..

Semalam...

Ihsan baru balik dari Kuala lipis ptg sabtu lepas..mcm2 dingomelnya..makan mahal pastu tak sedap..rangka ayam pun tawar..hehehe...mentang2 la kuala lipis tu kampung aku, suke suki jer ngutuk..chettt!! Hahaha...biasala..baru dua minggu dok sana kan...nnt da bertahun2 da tak trasa apa da..heheh..

He..Aku rasa kalo bukan sebab kami ni mmg org tak berduit, mesti mahal tu bukan bende yang dirisaukan sgt...tapi bulan2 yang berlalu ni, idup trasa perit..Ihsan baru nak stat keja, cari umah sewa..gaji full bulan pertama pun blum dapat, da kene p outstation...kene dulukan duit sendiri...pindah umah..ke hulu ke hilir bawak bawak barang..mmg nazak ah..yang aku pulak, keta dok buat hal...eksiden kemik depan..enjin overhaul...kipas radiator jammed...kat keta jer aku rasa da abes stgah ribu bulan ni..so bila tiba ujung2 bulan camni...aduh..peritnya...tak de spare langsung..smp muke da nek tebal mintak duit kat abg yi ngn abah...


semalam, dengan berbekalkan rm 50, aku gagah jugak p bukit subang jumpa ngn Ihsan..isi minyak rm 20..tinggal rm 30..p sunway pyramid..Ihsan nak sgt tgk Shrek 3D..kami p gak la tgk..tiket rm 40!! waaa....Ihsan cakap takpa..dia bayar..padahal duit dia pun tinggal rm70..aku dok pandang dia..risau..dia cakap takpa2..tapi otak aku tak ley proses "takpa" dari beliau..huhuhu...

sepanjang dalam keta..aku diam..Otak aku berpusing2..sambil dengar citer ihsan...lama2 air mata aku menitis..selalunya bila ihsan crita sshnya dia takde duit..aku mampu jugak hulur rm10 sekeping dua..ni aku tinggal rm 30 ja..aku rasa sayu sgt..tak tau nak kata...aku dok kira2 duit dia nak makan..duit nak isi minyak moto dia..

Ihsan nampak aku kesat air mata..cepat2 dia tny kenapa..pastu join kesat air mata aku jugak...dia trus sayu tgk aku..kenapa..dia ttp bertanya..aku senyap..tahan sebak....bila da ok, baru aku bgtau dia apa yang aku pk..Ihsan sayu tgk aku, dia kata takpa..dia ok..dia bleh hadapi smua tu..aku tau dia mmg dari keluarga ssh...dia da biasa..patut aku tak yah wisau apa2..

Tapi smp la ni aku dok risau..apa dia makan ari ni, esok, tulat...mesti org lain cakap aku poyo gile ah..dok pk apa dia buat sumer..tp ntah..smua org lain2 kan?

malam tu, smp bukit subang,nampak pasar malam..kami drop by, beli nasik ngn rangka ayam goreng..dapat murah sikit sebab gerai da nak tutup..hehe..aku ngn ihsan dok kat bawah umah flat dia..makan nasik bungkus...tiba2 aku rasa cam sweet lak..hahaha..tak ramai kot yang dapat rasa susah senang bersama2..zaman2 takde duit camni..nak kawen pun mak bapak tak konfiden sebab kewangan takda...hehhe..ntah..

smp bila zaman susah ini akan berakhir..tapi aku percaya dengan usaha, sabar, dan tawakkal..smoga smua susah senang ni, kami akan ingat smp bila2..zaman2 takde se sen pun dalam poket sluar..sluar and baju nak p keja pun ada dua tiga helai ja...

sWEEt memories 2010...

Wednesday, May 19, 2010

Sekadar perkongsian ilmu.. selalu rasa diri kita tidak sebertuah org lain kan? inilah jawapannya...insyaAllah


Kegagalan Mengajar Erti Kehidupan
www.iLuvislam.com
Ustaz Rashidi Abdul Wahab*
Editor : Im Koyube


Setiap Isnin petang, kami di iLuvislam.com akan mengadakan usrah bersama para pekerja sepenuh masa di sini. Perbagai topik dan perbincangan telah dibahaskan. Di antara topik yang pernah dibahaskan itu seperti; manusia diberikan pilihan untuk memilih, kerja secara berkumpulan, berusaha tangga kejayaan, bersyukur dengan segala pemberianNya dan sebagainya lagi. Namun, semasa giliran saya menjadi naqib, saya memilih satu topik yang sedikit berlawanan dengan topik-topik sebelum ini dengan menjadikan kegagalan sebagai subjek perbahasannya.

Setiap ahli usrah dikehendaki menceritakan kegagalan yang paling teruk pernah menimpa mereka. Pelbagai reaksi daripada perkongsian topik ini. Kebanyakkan mereka menceritakan pengalaman menghadapi kegagalan di dalam peperiksaan semasa pengajian dan sebagainya. Begitu juga saya, tidak terlepas daripada perkongsian tersebut.

Persoalan yang selalu kita dengari jika seseorang itu menghadapi kegagalan ialah; kenapa aku gagal sedangkan aku telah berusaha bersungguh-sungguh?, berdoa siang dan malam, akan tetapi kejayaan tidak juga muncul tiba. Di mana silapnya aku? Adakah Tuhan tidak menyayangi aku?

Bagi menjawab persoalan ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya telah jelaskan semasa usrah tersebut. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

Berusaha Untuk Memilih Kejayaan

Imam Abu Hassan al-Asyaari memperkenalkan teori al-Kasbu (usaha) di dalam membincangkan kudrat Allah Taala dan perbuatan manusia, iaitu pandangannya adalah pertengahan di antara golongan Jabariyyah dengan Muktazillah. Golongan Muktazillah berpandangan bahawa manusia yang menciptakan perbuatannya sendiri. Golongan Jabariyyah pula berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatan apatah lagi berusaha untuk melakukan sesuatu. Manakala Imam Abu Hassan al-Asyaari berpandangan bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatannya akan tetapi berkuasa untuk berusaha.

Beliau menafsirkan al-Kasbu dengan maksud ia adalah kuasa hamba untuk melakukan perbuatan yang mana perbuatan tersebut diciptakan oleh Allah Taala. Bagi hamba (manusia), al-Kasbu tidak memberikan kesan yang nyata di dalam perbuatannya. Ini bermakna segala perbuatan yang diusahakan adalah sesuatu yang dikuasai oleh kuasa bersifat baharu yang diciptakan oleh Allah Taala kepada manusia.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuatkan itu."
(Surah al-Soffat: Ayat 96).

Daripada teori al-Kasbu ini, dapatlah kita fahami bahawa setiap manusia diberikan pilihan samada untuk memilih kebaikkan ataupun memilih keburukkan. Jika kita memilih dan berusaha ke arah kebaikkan maka kebaikkan yang kita perolehi. Namun jika kita memilih dan berusaha ke arah keburukkan maka keburukkan yang kita perolehi. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu: Jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah ar-Rad: Ayat 11).


Dugaan Kegagalan Setelah Berusaha

Di dalam menjalani liku-liku kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan daripada Allah Taala. Ujian yang datang tidak kira masa dan siapa sudah tentulah tersembunyi segala hikmah dan akan menjadikan diri kita lebih kuat.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Surah al-Anbiya: Ayat 35).

Setelah kita penat berusaha bersungguh-sungguh untuk memilih kebaikkan dan kejayaan, sebagai umat Islam yang menyakini kekuasaanNya, kita disarankan untuk berdoa memohon diperkenan daripadaNya. Ini kerana Allah Taala sentiasa mendengar segala permohonan dan rintihan hamba-hambaNya.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah: Ayat 186).

Walaubagaimanapun, kadang-kala apa yang kita doa dan pohon tidak semestinya diperolehi dan dimakbulkan pada ketika itu. Jika berlaku perkara ini, kita perlulah berbaik kepada konsep mengimani Qadha dan Qadar iaitu:

- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini samada ia sesuatu kebaikkan ataupun keburukkan.

- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini walaupun kita diberikan pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh.

- Menyedarkan bahawa hakikat manusia itu lemah dan perlu kepada Allah Taala.

- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

Selain itu, dugaan juga datang bersama tujuan dan hikmah yang tersembunyi. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Hikmah itu pula kadang-kala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah al-Mulk: Ayat 2).

Sabar Di Atas Segala Dugaan

Dengan dugaan kegagalan, kita belajar erti kesabaran. Ada ulama mentakrifkan sabar ialah menjauhkan diri daripada mengingkari, tenang ketika menelan kepahitan bala serta menampakkan ketidakperluan kepada makhluk ketika ditimpa kefakiran di dalam menempuh ranjau kehidupan. Malah Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat mentakrifkan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain Allah Taala.

Kesabaran di atas musibah dan kegagalan yang menimpa ialah dengan menyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah medan ujian dan cubaan. Allah Taala akan menguji iman hambaNya dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Dia juga menduga hamba-hambaNya yang beriman dengan pelbagai cabaran agar Dia membezakan di antara orang yang jahat dengan yang baik dan yang beriman dengan yang munafiq.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Alif Lam Mim. Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata: Kami telah beriman sedangkan mareka belum diuji."
(Surah al-Ankabut: Ayat 1-2).

Musibah dan dugaan ini pasti akan datang samada terhadap harta benda ataupun diri sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:

"Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu."
(Surah ali-Imran: Ayat 186).

Firman Allah Taala lagi bermaksud:

"Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya."
(Surah al-Baqarah: Ayat 155-157).

Tidak syak lagi bahawa orang mukmin yang sejati akan menanggung musibah ini dengan sabar dan penuh pasrah, bahkan dengan redha dan gembira. Kerana dia pasti musibah ini tidak diturunkan oleh Allah Taala kecuali untuk menghapuskan dosa-dosa serta menghilangkan kejahatan di dalam dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain itu, musibah dan dugaan itu juga adalah untuk mengangkat darjat orang-orang beriman kepada satu darjat dan kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah Taala. Jika mereka menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan maka Allah Taala akan mengangkat lagi darjat mereka itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Apabila Allah telah mendahulukan kedudukan seseorang hamba kepada satu kedudukan yang tidak mampu dicapai dengan ilmunya maka Allah mengujinya pada tubuh badan, keluarga serta harta bendanya, kemudia Allah menjadikannya sabar terhadap ujian yang menimpa sehinggalah dia mencapai kedudukan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
(Riwayat Abu Daud).

Redha Dengan Segala Ketentuan-Nya

Dengan kegagalan jugalah akan mengajar kita erti keredhaan. Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat telah mentakrifkan redha ialah perasaan senang hati dengan kepahitan qadha atau takdir. Manakala di dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah menukilkan kata-kata Imam al-Muhasabi dengan mentakrifkan redha ialah hati tenang di bawah ketentuan hukum.

Rasulullah S.A.W. telah menerangkan bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan manusia yang paling kaya kerana dia adalah orang yang paling gembira dan tenang, paling jauh daripada dukacita, sedih, marah serta kesempitan jiwa. Kaya bukanlah dengan banyaknya harta benda dan wang ringgit, tetapi kaya itu adalah kayanya hati dengan iman dan redha.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Bertakwalah kamu terhadap perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi manusia paling beribadah. Redhalah dengan apa yang ditentukan Allah kepadamu nescaya kamu menjadi manusia paling kaya."
(Riwayat Tarmizi).

Redha juga merupakan sebab yang kuat untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Manakala kemurkaan pula merupakan sebab kesengsaraan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya."
(Riwayat Tarmizi).

Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya. Di sebabkan itulah kita perlu redha di atas dugaan kegagalan yang menimpa diri kita ini.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah."
(Surah al-Bayyinah: Ayat 8).

Syukur Di Atas Nikmat-Nya

Kegagalan juga dapat mengajar kita erti kesyukuran. Sebahagian ulama mendefinasikan syukur ialah hati yang sentiasa teguh mencintai pemberi nikmat, anggota sentiasa mentaatiNya dan lidah sentiasa bergerak menyebut dan memujiNya. Imam Ibnu Abidin di dalam kitab Dalil al-Falihin mentakrifkan syukur ialah mengiktiraf nikmat serta melaksanakan khidmat. Sesiapa yang banyak melakukannya dia dinamakan orang yang benar-benar bersyukur.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur."
(Surah Saba: Ayat 13).

Kegagalan yang kita hadapi kini adalah secebis sahaja daripada episod kehidupan yang penuh kesenangan, sedangkan nikmat yang diberikanNya sebelum ini terlalu banyak jika hendak dihitung dan dikira. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."
(Surah Ibrahim: Ayat 34).

Syukur merupakan makam (kedudukan / peringkat) yang tertinggi bagi pengamal Tawasuf kerana ia melibatkan hati, lidah dan anggota. Allah Taala juga menyuruh kita banyakkan bersyukur dan menegah kekufuran sepertimana firmanNya bermaksud:

"Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengufuri (nikmat) Aku."
(Surah al-Baqarah: Ayat 152).

Allah Taala menyifatkan sebilangan besar manusia tidak bersyukur sedangkan betapa banyak kelebihan dan nikmat daripadaNya yang telah diberikan. Hanya sekali sekala dugaan datang, ia sesekali tidak akan melenyapkan nikmat dan kesenangan yang telah dikurniakanNya sebelum ini. Begitu jugalah jika dilihat pada dugaan dan ujian yang menimpa orang lain, alangkah bersyukurnya kita kerana dugaan yang kita perolehi tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Tidakkah kita bersyukur lagi?

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikanNya) kepada manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak mensyukuri."
(Surah an-Naml: Ayat 73).

Kesimpulan

Dalam mendepani ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka serta penuh redha. Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan kegagalan ini dengan penuh ketakwaan kepadaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah."
(Riwayat Tarmizi).

Bergembiralah bagi sesiapa yang diberikan ujian! Bergembiralah juga bagi sesiapa yang sabar dan redha dengan ujian tersebut!

Dugaan kegagalan mengajar kita erti berusaha lebih kuat. Kegagalan mengajar kita erti berdoa setelah kita lalai daripada mengharapkanNya. Kegagalan juga mengajar kita erti kesabaran dan keredhaan dengan segala dugaaNnya. Kegagalan turut mengajar kita erti kesyukuran setelah mendapat nikmat kejayaan. Kegagalan itulah yang mengajar kita erti kembali kepadaNya setelah diri lupa dan leka mengingatiNya.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
(Surah al-Araf: Ayat 168).

Kegagalan mengajar kita erti kehidupan!

Wallahualam.

“Memberi dan Berbakti”

*Ustaz Rashidi Abdul Wahab merupakan content executive iLuvislam.com. Berkelulusan Universiti Al-Azhar, beliau menggunakan 'nickname' buluh dalam komuniti iLuvislam. Blog beliau adalah http://buluh.iluvislam.com.

Tuesday, May 18, 2010

Kenanganku bersama kalian yang aku sayang....

Chewahh..baca tajuk pun da tak bley blah..hahahaha..takpe2..entry kali ni aku dedicate untuk dua org yang istimewa dalam hidup aku selepas family aku..hehehe...Rosshamsuraya dan Mohd Nurul Ihsan...so sedikit jiwang lah keyy..hehe..

Jumaat lepas, 14hb mei, pas abes ngaja kat skolahm syam bergegas nek bas p kl..aku pun ngn ready dan tawaduk tunggu dia kat bukit jalil..aku ingatkan dia datang sebab nak jumpa kawan dia, Danial..tapi rupanya dia datang sebabnya aku kata aku bosan kat kl sorang2 weekend ni..waaa~~ terharu ah..sob~~ ini baru la kawan terbaeekk..hehe..

sham tido umah aku malam tu, cam biasa ah..kitorang tido luwa..kitorang berdua kalo dapat tido sekali, mmg rancak ah berborak..kalau tak tahan ngantuk, sambung esok pagi..hihihihi...sayang la ko shamm..hehe

sabtu, aku p beli barang2 untuk adik aku, ingat nak p ziarah skali beliau kat sana, tapi tak bley datang awal..so, kakak aku jer la p tgk dia..aku ngn sham trus ke bukit subang untuk amek Ihsan..memang planningnya nak kuwa bertiga..smp jer kat bukit subang, tiba2 aku pasan air cond da tak sejuk..aku pun jadi seram sejuk..bukan apa..keta CBL aku ni, pantang aircond jadik panas..tu maknanya temperature bakal naik..haaa...aku pun tak brani gerak..kami p petronas..benti check air ngn minyak itam..sumer ok..sebelum gerak tadi aku da check..aku da glabah..check2 radiator fan mcm tak pusing..aku call abah..abah suh benti dulu tunggu keta sejuk sikit..so, kami bertiga pun p lepak bawah pokok sambil pekena laksa ngn ABC...tapi tau jerla kalo hati tgh risau..masa tu aku rasa laksa tu pun tak mo masuk tekak..huhu~~

syam kol abg mijun dia..mujo bliau blum masuk keja..so abg mijun dia bley la cuba dtg tgk..aku pun call abg yusman aku..beliau mmg pomen pun..tapi umah dia jauh plak..so, sementara tunggun abg mijun dtg, kami p lepak petronas, solat asar siap2..abg mijun smp, check2 mmg fan tak pusing dan fius da terbakar..Fuh~

Aku kol abg yusman, dia suh bawak keta p umah dia kat sri petaling..aku pun gagah la bawak, mintak tolong sham ngn ihsan teman..huhuhu~~ mujola bila smp sana, abg aku bley tolong setel sumer..so, mageb la baru kami balik..on the way balik p beli tiket bas sham kat shah alam, kami lepak2 depan plaza alam sentral dan makan char kuwy tiaw feveret ihsan..hehe...

pastu, malam makin larut..aku dok pk2 nak balik serdang ke tak..sham pun dok pujuk2 tido umah kakak dia kat shah alam..Ihsan pun tak bg aku bawak keta malam2 sgt..lagipun dia cukup pantang kalo aku tgh ngantuk bawak keta..sebab da ada sejarah eksiden sebab aku ngantuk...huhu~~


so, aku stuju la tido umah kakak syam..kami trus mrayau smp icity..hehehe..aku pnh dtg sini dgn ihsan, kak ya dan anaknya..tapi masa tu ihsan tak benti..so kali ni aku paksa jugak dia benti..tu pun ngan syarat aku tido kat shah alam..hehe..ok jer..no hal..he



malam tu, smp umah kakak syam trus aku mandi dan basuh baju sebab nak pakai smula esok..hehe..mmg penat dan ngantuk..kejap jer mata aku da lena..

hari ahad, aku anta syam ke stesen bas smbil teman syam jumpa danial..he..pastu baru aku p jumpa ihsan...aku rasa bersalah dengan syam..dia datang kl, terpaksa penat2 plak dok ngadap keta aku yang problem...uhuhu..sorry lalink..

tengs syam, ihsan sebab temankan aku masa saat2 aku ssh hati ngn kreta..huhu..

Tuesday, May 11, 2010

Dear diary..again..:D

dua weekend yang penat di mana aku collapse pada hari isninnya..huhuu..baru aku tau..knapa hari cuti adalah hari yang sepatutnya kita rehat..:D

weekend baru2 ni, aku kehulu ke hilir settlekan byk bende..smuanya sebab planning lari ke laut..terpaksa buat planning baru on the spot..yang terpaksa menyebabkan kos meningkat secara mendadak dan masa terbuang dengan sia2..huhuhu...bersabarlah..

tapi alhamdulillah, sabtu lepas, aku tringin nak p icity kat shah alam tu..da lama tringin..Ihsan pun ksian kot tgk aku..so, dia pun gagah jugak bawak aku dengan ditemani kak ya (kakak ihsan) dan anaknya yang cute, iman, ke icity..jam masa tu da pukul 8 lebih dan kami sempat makan dulu dan g ke icity..smp icity da pukul 10 malam..jalan sesak...so, Ihsan tanpa bertanya, trus jer slow2 smp ujung dan berpusing terus balik ke rumah smula..so sempat menikmati cahaya2 neon di icity dari dalam kereta jer...mula2 cam frust..tapi aku tahu..Ihsan nak cepat balik sebab aku kene balik sg.penchala (umah kak zannor aku) malam tu jugak..so, dia risau kalo aku lambat2 sgt balik...:D

Sepatutnya pada hari sabtu, kami da settle angkat barang ke rumah baru ihsan di bukit subang..tapi sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa postpone hari ahad..so aku dan ihsan berkejar2 ke serdang untuk settle kan masalah paip kat umah sewa aku, patah balik ke sg. penchala amek baju2 adik aku yang da siap basuh, dan pegi ke skolah adik aku untuk anta..pukul 5.30 petang baru smp sek sri puteri, cyberjaya..huhu~~ lagi setengah jam waktu melawat habis..mujo adik aku tak kesah..sory yer my dear lalink..akk btul2 da cuba yang terbaik..:D

dari cyberjaya, aku ngn ihsan terus ke puncak alam (umah kak ya ihsan) amek barang ihsan untuk di bawa ke bukit subang, umah baru dia..tu last task la pada hari ahad..penat toksah cakap..makan pun ntah ke mana..aku lapar sgt sebab pagi makan sikit jer nasik lemak tade smbal kat sg. penchala, dan pukul 5.30 ptg tu baru kami makan bertiga kat cyberjaya...yang klaka, masa dalam keta, aku cakap aku lapar, ihsan dok pujuk2 suh tahan...dia kata baru bape jam tak makan da lapar..hahahha..weh..tgk la tahap perut aku cane..da salu dikasi makan byk, mana nak tahan lapar..huhu~~ cane nak diet untuk turunkan berat badan nih..lalala~~

hari isnin (semalam) aku amek gak cuti..tak larat nak tahan mata dan penat..tapi takpela..pasni harap2 takde la kes2 cmni berlaku lagi...penat owh..!!

Monday, May 03, 2010

buat pengantin muslimah..

Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:- "
Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya, Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami. Tetapi!
Wanita dicipta untuk lelaki
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru



Yang belum kau kenal
Yang belum kau biasa
Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Jadilah teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia
Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu.
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkit berahi
Dan ...
Air cukup memadai
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya
Juga waktu tidurnya
Kerana ...
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
Di kala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua ...
Hulurkan tanganmu ...
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan
Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.
Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu."
Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu
telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi
tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman
selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang
memiliki kelebihan.

Monday, April 26, 2010

First step to the real world...

hari ni hari pertama ihsan bergelar engineer..akhirnya... setelah bertungkus lumus dan bersusah payah, barulah hari ini datang dengan izinNya...

walaupun gaji tak mcm engineer lain, aku harap ihsan dapat jadikan tmpat keje dia skrg sbg tmpat dia menimba ilmu sebanyak mungkin..bukan skadar ilmu dalam bidangnya, tapi ilmu tentang hidup...bagaimana nak tempuh alam pekerjaan ni, bila da berjauhan dari family dan tinggal di bandar besar...kl tak mcm kamunting..

semalam kami ronda2 cari jalan untuk ihsan p opis dari umah sewa kawan dia kat taman dato harun...dua kali salah jalan da free2 kene bayor tol..hu~~ takpela..tu la satuu cth pelajaran idup kat kl...hehehe...

pasni, kalo kami da tua nanti, bila tringat smula zaman ssh dan darurat kami..zaman ihsan keje kilang, jadi asst engineer dan skrg baru dapat rezeki jd engineer, smoga semuanya akan jadi lebih manis...hee..ada org yang tak diuji dengan ksusahan..tapi uian kesusahan sebenarnya lebih mudah dari di uji dengan kesenangan...hati2 dengan penyakit lupa diri, riak dan takbur...huhuhuhu~~~

syukur, Allah masih kurniakan kita rezeki yang tak ternilai harganya...

Monday, April 19, 2010

Erti Sabar dan Syukur

Semalam kawan baik aku (kawan ihsan gak..:) ) dtg tido umah aku kat serdang...Roshamsuraya nama dier and aku panggil syam..hehehe...aritu aku p taiping tumpang umah syam so bila dtg kl, rajin gak la bliau menyinggah umah aku..aku kenal syam kat KMPK tp kami getting closed kt UMS..so, smp skrg ler kitorang berkawan baik..:)

Citer sebenar aku nak citer adalah pengalaman aku nek public transport atau lebih spesifik lagi, komuter..wee~~dulu aku penah jer nek komuter..tapi sebab keadaan komuter yang salu lambat dan penuh cam sardin manusia dalam tin..huhuhu.aku mmg mengelak sgt2 nak nek komuter..rela aku mintak tolong husna anta aku p sg besi nek lrt star..uhuhu..

syam ajak p jejalan kl dan jumpa sorang lagi kawan kitorang...zana kat sana...syam pun nak carik baju untuk kawen abg dia bulan 5 ni, so kami p la area jalan tar..waktu pegi kitorang naik lrt..so, mmg biasa2 jer la kesesakannya...tapi waktu balik, aku cam pk, malas nak sshkan husna dtg amek aku so, aku tekad nak nek komuter jer dari kl sentral...sambil2 anta syam nek komuter ke shah alam jugak sebab dia nak balik ke umah abg dia kat sana..

org semakin ramai kat ruang komuter bawah tanah masa aku menunggu komuter..aku masih lagi pujuk hati dan bersedia segala kemungkinan..lagipun da lama aku tak nek kan, so, ijat, sabar sikit..wee~~

aku dengar akk kat depan aku tu berborak ngn member dia, bgtau yang waktu tren patut smp da melepasi 3 kali..3 kali jam kat sign tren ke seremban tu blinking..hurmm..apa nak jadi ngn pengurusan komuter kat malaysia... huu~~ ni la punca sebenarnya kenapa org bertolak2 mcm org gila nak masuk tren setiap kali tren smp ke plat form..sebab diorang da tak tahan tunggu lama..penuh pun penuh la..asalkan smp ke destinasi..huhuhu..

masa tren smp, aku cuba bersabar dan lawan org yang menolak aku kat belakang supaya aku tak langgar org depan...tapi tenaga org yang menolak aku tu masya Allah..mujo aku tak tersungkur jer la..huhuhu..bila dapat masuk jer, aku terus ke ruang tengah..sebab aku yakin kalo berhimpit kat ruang pintu tu, aku akan menjadi semakin sardin..huhu..so, kedudukan aku tu selesa jugak dan aku hanya mampu melihat org2 yang terperangkap dekat2 area pintu tren..kesiannya..huhu~~

Bila tren smp kat midvalley, lautan manusia nak masuk lagi pun ramai..dan keadaan dalam tren pun, subhanallah..smp ada seorang lelaki menjerit "jgn tolak!" dua tiga kali..bg aku, itu suara yang biasa aku dengar sejak beberapa minit lepas..tapi yang aku tak dengar lagi adalah " jgn tolak! anak aku ada kat sini!" huhu~~ aku tak nampak besar mana anak dia..tapi aku dapat bygkan..tubuh aku yang besar ni pun tak larat tahan tolakan org, apatah lagi budak2 kecik yang tersepit..ya Allah..huhu~~

tiba2 aku terdetik dalam hati..syukur alhamdulillah aku dikurniakan kenderaan sendiri..huhuu..da la aku baru jer eksiden isnin sebelum ni..atas kecuaian sendiri, mujo kreta aku tak berkecai..huhuhu...tiba2 aku rasa aku nak jaga kereta aku elok2..sebab aku tak nak naik komuter lagi..huhuhu...so, aritu aku belajar erti syukur...:)

dalam tren aku da mesej husna, mintak tolong dia amek aku kat komuter sebab wisau terlepas waktu maghrib..lagipun, sejak rapid kl ada sistem bas baru ni, aku cam da tak tau nak nek bas apa..huhu..alhamdulillah, husna bley dtg amek aku kat stesen komuter serdang...

aku rasa mcm nak tag jer review ni kat org ktm..tapi aku tau diorang pun da sedia maklum bende mcm ni..PM pun nak letak sasaran nak jadikan public transport sebagai pilihan utama, bukan lagi pilihan golongan bawahan...dalam keadaan skrg, aku rasa mmg berat la tanggungjawan kerajaan untuk realisasikan impian tu..sebab aku sendiri takkan nek komuter kalo aku ada pilihan lain..huhuhu...

tapi takpela..pengalaman semalam aku jadikan guru untuk aku..tentang erti sabar dan syukur..:)

Monday, April 05, 2010

Reunion Asrama Semai Bakti Kelana Jaya (ASBKJ) Batch 99-01

3 - 4 april 2010..siyes aku takkan lupa tarikh ni..

bertitik tolak dari kononnya nak mengompang ridzal balik dari jepun, kitorang akhirnya amek keputusan nak buat reunion pada sminggu selepas ridzal touch down klia..aku pun ntah mcm mana stat buat discussion kat fb dan mintak pandangan smua kengkawan..so, terdetik la tarikh 3 april...mcm citer sejarah plak..haha..

aku, afzai dan azam jadi main organizer untuk reunion kali ni..tapi kredit harus diberi pada sumer yang dtg sebab diorang pun ada contribute gak..menyebar2 maklumat, setting tempat bbq..smua org bersatu padu...apa yang penting? kerjasama!! hehe...

aku sebenarnya bukan la org yang pandai mengurus pun..tapi bila ada azam, ada afzai, aku tetiba cam jadi kuat plak..dan pengajaran yang aku dapat kali ni adalah, aku kene pandai urus stress...hihihi...sbb penah smp satu ketika..aku terpaksa berdepan dengan 3 perkara sekali gus dalam satu minggu..reunion, paperwork p korea dengan presentation subjek dr.paridah...nak dijadikan cerita, masa tu la pengarah program ke korea, dayang, jatuh demam panas plak..so, aku kene take over tiba2..minggu tu jugak aku kene buat presentation untuk delegasi korea yang dtg pada hari khamis, dan dalam masa yang sama, hari rabu tu aku ada presentation subjek..reunion plak hari sabtu..dengan byk bende blum settle..masa ni la..afzai ngn azam sgt main peranan..srius la guys, without both of you, reunion kali ni mmg chaos kowt..hihihi..

sabtu, last minit aku dapat tumpang fatin..so aku, jue, fatin, ridzal ngn afzai bertolak dari kl satu keta..jumpa ngn ndex ngn wife dekat hentian seremban..dan kami together g PD..azam n salleh da tunggu kitorang kat sana..

masuk ke PD world marina resort..mula2 aku tgk resort ni mcm seram jer..ada ke lagi org? hehe..tapi memikirkan kami just nak enjoy ourselves..so, tak kesahla, so, settel amek kunci kami pun naik ke aprtment memasing..budak laki dapat apartment tngkat 13..kami budak pompuan dapat tingkat 6...ndex n wife kat aprtment diorang sendiri..he..

sampai jer kat apartment, kami di sediakan nasik impit ngn daging masak kicap oleh azam..azam ni mmg organizer makanan paling superb la..terbaekkk!! aku rasa kitorang tak kuar duet langsung untuk makan kali ni..smua incik azam da setelkan..hehe..


awal2 sampai da stat makan...


makanan dari jepun..

ptg tu dalam kul 6, aku kuar ngn lela ngn azam, p amek makanan kat umah kakak azam, sambil singgah amek zai kat hentian bas seremban. masa kat umah kakak azam, aku da rasa kepala aku berat mcm ada batu besar..azam suh aku baring dalam bilik anak sedara dia..aku baring..tapi aku tak bley tido..aku just pejam mata..tak smp 5 minit, zai bgtau dia da smp, so, kami trus je p amek zai kat seremban...aku baring sepanjang perjalanan...bila da amek zai, zai tolong urut2 kepala ngn bahu aku..alhamdulillah..da ok sket..:) tengs zai..

bila balik marina, aku kol2, diorang da setup bbq sumer..da stat masak pun..pergh!! superb dowh kawan2 aku sumer...ilang trus penat n pening kepala aku..hehe..warith ngn fairul pun da smp..so semua pun da ada..kami giler enjoy membakar dan makan tahap tak hengat malam tu..tengs smue..:)



abes membakar, kitorang p karaoke plak kat bandar PD..aku just follow jer..sebab aku siyes tak nak ilang satu moment pun..heheehe..sambil tunggu diorang abes karaoke, aku ngn yang lain p melepak kat restoren seblah..lepak2 minum..minuman di taja oleh incik ridzal..:) tengs ridzal..

Dari restoren, kami bergerak nak p batu 4, tapi tempat tu mcm da nak tutup..so, kami trus balik apartment..dan melepak kat tepi laut..ahli2, aku, lela, azam, salleh ngn ridzal..azam konon nak buat unggun api..tapi kayu basah lak..so tak dapat la..hehe..kami just chatting jer tepi laut..pukul 2,3 pagi la camtu...budak2 karaoke tak balik lagi..so kami lepak2 jew..:)

pastu kami nek atas, amek makanan dari apartment kitorang, p lepak kat aprtment tingkat 13 plak..sebab nak p tgk and upload gamba..hehe..sgt laju mengupload..haha..bile budak2 karaoke da balik, dalam kul 4 pagi, baru kitorang balik aprtment memasing n tdo..zzzzz...masa ni afzai kata, kul 8 bangun..kita p sarapan n main2 kat pantai esok..so, aku jawab..okay...korang ingat budak tido pukul 5 pagi bley bangun balik dan bersiap untuk kuar pukul 8 pagi? teke..teke...hahahhaha...konpem tak lehnyer...

pagi, kul 8 lebih zai da lompat2 atas katil aku ngn fatin..(aku tak tau nape zai mesti lompat2..hahahaha) aku bangun n terus siap2 mandi..aku nak kol azam, enpon dia tinggal kat aprtment kitorang sebab charge..aku tepon afzai tak angkat..last2 ridzal jadi mangsa..aku kol dier suh bangun..hahah..tahniah la ridzal..sebab beliau mmg bangkit dan kejut sumer org..wuhuuu!!! kredit untuk ridzal..:)

sebab mmg sumer pun lambat siap..so aku, pipit ngn afzai p turun beli sarapan...beli nasik lemak ngn air teh...satu citer best masa kami p beli nasik...

makcik tua : ni sambal semalam ke?
makcik peniaga : ni memang sambal semalam makcik...saya tak sempat nak buat sumer pagi2 hari..saya biasanya petang semalam saya da masak sambal untuk hari ni...sambal takpe makcik..sambal saya, saya berani jamin la makcik..bla..bla..bla...kalo saya stat masak sambal pagi tadi, tak sempat makcik...nanti terkangkang2 saya nak masak nasik lagi...bla..bla..makcik ni kata sambal saya sambal semalam plak..bla..bla..bla..


kami di kedai makcik "sambal semalam"

Aku rasa makcik ni bley jadi peguam bela..daya dia membela dirinya mmg sgt defensive..hahahahhaha...takpe makcik..kami faham...hihihi..tapi mmg superb la nasik lemak makcik tu..sumer org kata sedap..hihihii..

kitorang akhirnya siap2 nak checkout, dan makan sarapan kat tepi pantai...lepak2, amek gamba mcm2 pose..aku tak bley blah tgk budak2 gile melompat2...hahahha..tapi siyes happening..walaupun tak sempat nak main banana boat (sory yuyun, zai) tapi sumer mmg syok la..:)


sarapan ditepi pantai..


jom lompat!!


kepada semua yang hadir, azam, afzai, fatin, yuyun, jue, ndex n wife, lela, fuad, salleh, ridzal, najib, apai, pipit, milah, zai, warith, fairul, dan azim...tengs a lot..

dikesempatan ini jugak, aku mintak maaf kalo ada terkurang dari segi penganjuran ke..terkasar bahasa ke..tergurau berlebih2 ke..maklumla overexcited kan..heheh..ampun dan maaf kengkawan..:)

aku percaya, byk lagi citer dari versi2 korang sebab kita seperate so, citer masing2 mesti lain2..ape kate kita share? hehehe...

dan kepada korang yang tak dapat datang, dont worry...kita keep in touch..smoga pasni kita akan dapat buat lagi superb lagi..weehuu~~~

Friday, April 02, 2010

Hijrah

Salam..ni aku terbaca dari salah satu ruang forum..maaf sgt sebab tak ingat sape yang post..tapi dari laman web www.iluvislam.com..harap dapat beri peringatan pada sesiapa yang ada niat dalam hati nak berhijrah..insyaAllah..sama-sama kita kongsi..

Bagaimana mahu berhijrah?
Kenal dulu siapa Allah dalam-dalam.
Sebab banyak masalah masyarakat sekarang, mereka belajar agama berkisar hal-hal syariah, ibadah dan feqah; tapi tak sampai kepada ruh dalam mengimani Allah SWT.

Banyaknya kita cuma nampak perkara luaran perlu perfect untuk membuktikan yang kita amalkan Islam. Sedangkan perkara pertama paling tunjang adalah aqidah itu sendiri.
Perlu bersih dengan yakin.Ruh manusia itu sendiri.

Sebab tu Rasulullah SAW ambil masa 13 tahun di Mekah untuk bina generasi Muslim yang beraqidah bersih. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah dan Nabi SAW.

Mereka Muslim bukan takat2 nama, pakaian, percakapan.
Mereka Muslim dalam erti kata sebenar. Mereka diajar untuk mencintai ALLAH dan RASUL lebih daripada diri sendiri selama 13 tahun. Selepas kukuh aqidah, lepas hijrah baru disyariahkan perkara2 spt hukum hakam feqah ibadah dsb.

Kalau betul2 nak berubah, buka buku sirah sahabat. Ambil pengajaran bagaimana hebatnya keimanan mereka dulu. Cuba mencintai ALLAH dan RASUL lebih drpd diri sendiri dulu. baru masuk bab2 lain.mencintai pulak bukan takat2 kata 'Aku cinta ALLAH dan RASULNYA'. kena seiring dengan amal. kena kenal dalam2. mcm nak kenal kekasih. Sampai timbul rasa keinginan yg kuat untuk bertemu dgn Allah dlm keadaan terbaik amal, iman, bersih jiwa raga. sebab dah terlalu cintalah katakan.sampai rasa tak sabar2 nak bertemu NYA, dah tak kisah hal2 kecik dunia ni. Terlalu cinta NABI sampai selawat tak pernah lepas, kisah2 sirah tu dalam kepala, amalan berdasarkan hadis dsb.

Kalau betul2 kita mahu berubah, bermula lah dari kosong. Macam baru memeluk Islam. Pertama sekali memahami erti kalimah saksi syahadah.
Kemudian fahamai rukun iman. Orang yang mengimani Allah, mengimani kebenaran hari akhirat dan kedahsyatannya akan tau, sia-sia kalau bertangguh untuk bertaubat dan berubah.

Sebab kita ada masalah dalam mengenal Allah.
Kita tak tau atau sedar sejauh mana Allah sayang kita. Kita tak sedar ramai yang jauh lebih baik perangai drpd kita tapi tak diberi peluang beriman kepada Allah (kafir). kita lupa bersyukur dengan harga iman dan Islam yang kita miliki. kita tak sedar sebanyak2 dosa kita buat, Allah masih beri peluang untuk bertaubat.

Kita hamba yang tak kenang budi, dan sengaja mencelakakan diri dengan melakukan kejahatan. sbab kita tau last2 kita yg rugi di akhirat kelak. kita tak tau MURKA ALLAH itu sangat menggerunkan. kita tak sedar NERAKANYA sangat pedih dan maha AZAB.

kadang2 kita terlalu take for granted dgn ALLAH yg Maha Pemurah, dan Maha Penyayang.

Allah membuka banyak jalan untuk manusia mula terfikir untuk berubah. sekurang2nya niat dia tu ke arah kebaikan. it takes time.
Kalau dia sendiri tak betulkan niat dia berubah, kita akan nampak jugak suatu hari nanti.
Tapi kalau dia betul2 ikhlas, insyaAllah Allah akan bantu sikit sikit sampai dia sendiri tak mampu menipu diri bahawa ALLAH adalah tujuan yang satu.

tak, kita tak boleh rasa cukup dengan apa yg kita ada hari ini.
Ilmu untuk mengenal Allah banyak dan kita perlu tuntut sampai mati.
Amal kita takkan pernah sempurna dan cukup kalau kita bandingkan dengan sahabat2 Nabi SAW.

Agak2 malu tak nak mengaku umat Nabi Muhammad SAW kat akhirat kelak dengan diri yang sekadar cukup makan je tutup aurat, cukup makan je solat, cukup makan je puasa, zakat etc tanpa ada sumbangan kepada penyebaran Islam itu sendiri?

Akan ada turun naik iman, tapi tugas kita adalah berusaha untuk naikkan bila sedar tengah turun iman. moga2 Allah kasihan kepada kita.sebab syurga itu mahal, bukan untuk org yg cukup2 makan je serba serbi amalan.
Niat ke arah lebih baik setiap hari mesti ada. Istiqamah sikit2 tambah amal, betulkan ibadah, ikhlaskan niat.

Hope jelas jawapan.
Perlu berubah sebab kita adalah hamba Allah bukannya tuan.
perlu berubah sebab Allah beri segala2nya hatta iman yang mahal sedangkan yang kita perlu beri cuma ketaatan dan kesungguhan mencintai DIa.
perlu berubah untuk kenal Allah, moga2 Allah kasihan tengok kita berusaha mengenaliNya lalu dengan RahmatNya, diampuni dosa kita, dan diberi masuk syurgaNya.
Perlu berubah sebab mati itu makin dekat.

perlu berubah sebab akhirat itu benar, syurga neraka itu benar, hari penghisaban itu benar. kalau kita yakin hari akhirat pun dah cukup buat kita mahu berubah. Yakin bukan takat kata2 aje, tapi yakin yang mata, tangan, lidah, kaki, perut, hati akan bersaksi dan me'report' semua dosa, maksiat dan lagha yang kita buat kat dunia dulu bila menghadap Allah. yakin yang kita tak pernah tak buat dosa. yakin yang amal kita sebenarnya tak cukup pun untuk dikatakan layak masuk syurga. yakin yang hanya dengan RAHMAT dan BELAS EHSAN ALLAH saja kita akan terselamat daripada kedahsyatan hari akhirat, apath lagi NERAKA yang PANASNYA mungkin berjuta2 celcius.smapai melecur kulit,bygkan ayam goreng hangus tu adalah kita yg digoreng hangus berkali2 kat neraka asbab byk sgt dosa yg dibuat.sampai timbul rasa gerun dan takut.betul2 takut nak wat dosa.

Perlu berubah sebab hidup ini bukan main2. Allah tak bagi kita nyawa untuk kita sia2kan dengan cinta dunia, dgn kumpul harta, main2 dan berjoli sakan.
Allah tak bagi kita ISLAM untuk kita jadi sekadar binatang ternak: tahu makan, minum, buang air, kahwin, membiak, kerja.
Allah tak beri ALQURAN untuk kita jadikan hiasan rumah.

So, the basic question is; What is your purpose of living? Nak bersuka suki?
Why you wanna change? because you MUST change. because You are a MUSLIM. Because ALLAH choose you to be a MUSLIM, a human being, a chaliph. Because You wanna be safe in the Day of Judgment. and there isn’t a compromise.

Yes, it is a serious matter.it’s about your iman.
if you refuse to change, ask yourself:

1) Who is God? Allah or YOU? Siapa yang tentukan syurga neraka? Siapa yang akan kamu jumpa lepas mati? your buayafren? or ALLAH? Agak2 Allah nak ke jumpa kita yg tak nak kat DIA di dunia ni?
2) DO you believe in ISLAM? If you do, you have no choice but 'samikna wa ato'na' kami dengar kami taat. Dia beri kami terima. Dia arah kami buat. Dia marah kami bertaubat. Dia hukum kami redha.
3) Would you live FOREVER? or, do you even know when would you DIE? Dah confirmke cukup amal? confirmke esok tak mati? Siapa yang confirmkan? ALLAh ke diri sendiri? jgn sampai syok sendiri. itu helah syaitan nak bagi kita stop baiki diri dan terus dekat dgn Allah. itu first step dia, lepas tu kita akan mula tinggalkan sikit2 kebaikan yg kita dah buat. percayalah. dah ramai orang yg iblis tipu. kita bukan bijak sangat daripada iblis, kalau kita bijak kita mesti akan bertaubat cepat2. sebab iblis mmg tgh berusaha selicik mungkin nak bawak kita jadi teman dia kat neraka.hati2lah kalau dah rasa cukup. mungkin dah ada ujub takbur dalam diri tanpa kita sedar.
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main sahaja dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
[Mukminun:115]

Friday, March 19, 2010

Aku benci Pencurik!!!

Hari Isnin 15 hb, Ihsan tiba2 call aku, mintak tolong tgk kan email dia..sebab dia kata ada org call panggil interview kat Sunway..Aku pun dengan tawaduk check emel dia, takdak pun mel baru dalam inbox..jam da kol 5 ptg..aku nak balik da ni...postgrad room da lengang...tapi aku sabar sikit lagi..sebab Ihsan cakap kene reply arini gak..men game sat...hehe..tapi lepas 15 mnt aku tak tahan da..aku nak chow..balik check kat umah la..hehe..

Mageb tu, sambil menunggu waktu berbuka, aku angkut laptop bawak kuar..punyer semangat tak bley blah nak check emel budak Ihsan..check2..inbox takde new message..apahal? kate nak kene reply arini, sampai pukul brape da ni, tak sampai2 lagi emel..huhu..ah, bukak pose dulu ah...

Tgh2 makan tu aku tringat, kebarangkalian untuk emel masuk spam pun penah jadik..abes makan jer terus aku bukak emel dia, check spam...pegh..cnfirm! emel tu masuk spam..chess..punyer lama aku tunggu..huhu..aku trus call ihsan, bincang sikit2 then aku pun reply emel tu..well..ni la keje secretary tak berbayor..hihihi...:)

Hari rabu, aku siap amek cuti..senang kalo pape jadi..ntah..tergerak ati aku nak amek cuti..malas nak running anta amek ihsan sumer...malam tu, kitorang mesej2, ingatkan apebende nak bawak...aku ada tergerak ati nak bawak laptop..sebab ihsan nak tolong installkan microsoft project..tapi ihsan kata, tak payah la..takot ilang..so, okeyy..tinggal la kat umah..

Dalam kol 12, aku kuar amek ihsan kat lrt bukit jalil..aku sesampai jer, baru nak col, aku nampak kelibat ihsan jalan penuh konfiden kat blakang keta, aku pon off call, tunggu jer la dia masuk keta..tapi upenyer dia jalan pandang depan straight je menuju ke tempak duduk..mak aih..keta aku punyer besar bley tak nampak..haha...malas nak hon, aku call jer la..tersengih2 beliau masuk keta..oo..dia ingat aku bawak keta bapak aku..sorry la yang, i mampu bawak wira je arini...:P

aku bawak dia p makan kat Kembangan Paradise..sebab dia kata nak binding salinan fotostat sijil2 dia sumer..so after makan aku bawak p flat ikan blakang upm, dia p bind dan letakkan dekat dashboard keta...pastu kami pun p masjid nak p smayang zohor..

Haa..kat sini ceritanya bermula..yang atas2 tu aku citer ada sebab sebenarnya..kronologi cerita tu penting sebab...ha..ok..sambung citer kat masjid..:)

sebelum kuar keta, ihsan sempat amek beg kaler oren yang aku bawak p taiping dua, tiga minggu yang lepas..dia bawak kluar kasut n stokin nak pakai p interview..letak kat tmpat kaki seat depan..aku pun, malas nak bawak byk brg, aku tinggalkan purse aku dalam box yang kat tengah2 tu..kitorang pun kuar, kunci kereta, aku pass kunci kat ihsan then kami p solat..

aku kuar lambat sket sebab aku tambah dua rakaat solat sunat hajat..mintak dipermudahkan Ihsan untuk interview sat lagi..pas solat aku tgk ihsan call...dua miskol..apahal ni? da lewat ke? aku tgk jam kul 2 pm...interview kol 3.15 pm..sempat lagi stakat nak p sunway...

aku kluar masjid, tgk ihsan tunggu kat kreta..berdiri dengan muka lain mcm..aku cuak gak..aku lambat ke? lari2 aku p dkt ihsan..dan sementelah itu aku ternampak....



Berdegup kencang jantung aku..
"apa yang hilang?" tak bernafas aku tny ihsan..
"beg.." ihsan jawab slow. aku tau dia gelisah..sebab smua barang dia nak p interview sat g ada dalam beg tu...aku mmg tak pk pasal keta..aku pk pasal barang ihsan jer..camne dia nak g interview ni??? oh, purse aku dalam box!! cepat2 aku check..alhamdulillah..ada...mmg si lahabau tu amek beg jer ah..hurmm..

aku amek enset..trus call abg yee aku..aku tny, apa nak kene buat..steps nak kene amek bila jadi cam ni..hu..aku cover glabah..tapi last2 abg aku tau jugak..punyer berguguran air mataku..haha...cess..kantoi..:)

aku ikut pesan abg aku, amek gamba sikit..amek gamba tempat..pastu bawak keta p balai buat report..Alhamdulillah, incik polis yang duty kat balai polis serdang tu, amat membantu..sgt concern la..Ihsan yang gelabah pun da bley gelak2 ngn incik polis tu he..siap ada versi salah2 baca ic sebab nama kitorang nak dekat sama..haha..incik..dia ada mohd..saya takde..;P



aku rasa Ihsan cool down la sikit kat balai tu..terhibur dengan incik2 polis yang baik hati :)..

masa kat masjid tu aku sempat call Dee, housemet aku, mintak pinjam keta dia nak bawak ihsan p sunway..aku tak brani bawak keta takde cermin ni ke sunway..risau kene curik plak keta ni nanti..tak pun ujan ke..huhu..bila balik rumah abg aku, aku sedar, satu lagi rahmat Allah, selalunya ptg salu ujan, harini cuaca baik pulak..alhamdullillah..syukur jugak aku tak bawak laptop, kalo tak, abes segala..huhu..syukur jugak ihsan da bawak kuar kasut g interview, da letak salinan fotostat kat dashboard dan da siap2 pakai kemeja nak p interview..kalo semua bende ni masih dalam beg, mmg aku rasa ihsan down gile da nak pegi interview..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..dalam kesukaran, Allah bagi jugak kemudahan..:)

kami mmg lewat sampai ke menara sunway..tapi da siap call miss eileen yang jemput ihsan p interview tu..syukur mereka consider apa yang berlaku pada kami..yang kelaka, sebab aku turunkan ihsan dulu baru p cari parking, masa nak tinggalkan keta, aku angkut smua bende kat seat blakang..sweater, beg buruk aku yang aku amek kat umah dan bg pada ihsan untuk dia bawak barang2 dia...punyer trauma...hehhehe...

alhamdullilah...interview berjalan lancar..sempat lepak dengan Mala, kawan ihsan yang tolong dia anta resume kat company ni..arap2 la ada rezeki ihsan kali ni..bak kata ihsan, da 15 kali dia p interview..tak termasuk 6 kali interview yang terpaksa tak pegi atas sebab duit takde...:) Ini smua dugaan..Allah bg kita dugaan part ni..semoga Allah mudahkan urusan kita yang lain..insya Allah..

harap apa yang da terjadi, akan jadi iktibar bg aku ngn ihsan, atau smua org la..amek bende yang baik dari pebende yang aku citer ni..thanks kepada abg yee kesayangan aku, incik polis yang baek, miss radhiah rajimin yang sanggup kasik pinjam keta baru dia..alhamdulillah Allah permudahkan kami deal dengan masalah yang tak diduga ini..:)

Thank you Allah..

Thursday, March 04, 2010

Benda yang kita tahu sebenarnya...

Hari ini aku kecewa lagi..cemburu kepada nasib org lain yang Allah Maha Kuasa da tentukan kepadanya...sebenarnya kita tahu, Allah akan takdirkan yang terbaik untuk hambaNya..sesuai dengan kemampuan kita..tapi syaitan mmg bijak masuk jarum..sekejap saja bisikannya muncul dalam hati...kalo setakat syaitan2 prebet pun kita da ikut, nnt dtg jeneralnya, mampukah kita??

Kita ni manusia..manusia itu insan..sifatnya lupa..kita ni selalu dok kene ingatkan..bila da timbul bisikan2 yang meruntun jiwa raga tu, cepat2 la istighfar...ingat balik dari mana kita datang dan ke mana kita akan dikembalikan..huhhuhu...

Aku rasa ilmu aku yang cetek ni tak mampu nak beri tazkirah panjang2 ikut dalil yang sepatutnya..cukup la sekadar motivasi untuk diri sendiri yang mmg selalu ada penyakit ni..penyakit LUPA..

Hari tu, aku argue bende paling mudah dengan member aku, apiz..aku yakin dengan apa yang aku faham...tp dia bley jer bg balik pada aku..dah tiba2 goyah..ciss..tapi tu aku anggap perkongsian ilmu....dan pasni aku rasa, aku masih tak cukup kuat nak berdakwah..cukup la setakat ni, aku cari ilmu untuk diri sendiri..sebab aku malu sgt2 pada org, yang berpakaian biasa2 jer..tutup aurat cukup2 makan, tapi ilmu di dada tinggi menggunung...banding ngn aku, luar nampak alim, tapi dalam diri aku ni, Allah jer la yang tau..betapa ceteknya pengetahuan aku ttg agama dan hidup...:(

kadang-kadang aku rasa hipokrit...sebab luar nampak baik sedangkan dalam hati, jiwa aku kosong...aku takde ilmu..tu la yang buat aku sedih..aku berusaha, tapi byk rintangan yang datang..bukan senang nak dapatkan ilmu Allah..semuanya berlaku atas izinNya..Allahuakbar..

opss..ngantuk..lenkali la sambung..nite..:)

Monday, March 01, 2010

Kampung oh kampung..

1 March 2010..

Aku baru balik dari kg batu 20, batu kurau, taiping..dok ngn rosham, rasa mcm dok homestay pun ada..byk aktiviti dia aku dok nyebok..p kenduri la, tahlil la..tapi byknya aku p makan jer...tak nolong pun..hehe..tp aku rasa sumthing la..baru aku sedar yang aku ni sebenarnya tak cukup kampung lagi..byk rules2 kat kg yang aku tak tau n tak sedar...mujo gak la aku follow sham..so byk la bende yang aku belajar..huhuhu....mana la tau betul2 ada jodoh ngn org sana, jenuh aku nak blaja amek ati mak mertua..huhuhuhu...

Petang sabtu tu baru ada peluang nak p jalan2 tepeng ngn rosham ngn ihsan...mula2 kami p singgah tesco, beli sabun muka syam..alang2 kami p lepak butik first lady, melekat la aku kat jubah kaler putih..yang berharga rm30..murah!! apa lagi..aku rembat la selai..hehehhe...

Pastu kami p pulak tepeng sentral..sebelah jer pun...makan sushi idaman ihsan..da lama da dia dok ingatkan aku pasal kupon sushi yang aku dapat masa nak daftar jadi member sushi king aritu...dapat la merasa gaji pertama ihsan masa dia keje kilang dulu...:)



Then, kami trus p taman tasik tepeng...ada karnival maulidur rasul...jalan punyer jalan..lupe plak si sham ngn ihsan blum solat asar, berpatah la balik ke masjid kat tepeng...alang2 kat sana, diorang pun trus solat maghrib...alhamdulillah..dapat berjemaah..:)

Usai solat maghrib kami sambung p jalan2 kat taman tasik tepeng...sham borong baju2 untuk mak, ayah dan adik bongsunya Salwa..aku pulak beli tshirt muslimah..si ihsan dapat la dua helai baju tshirt ngn suar track buat p men takraw...:) sronok dapat tgk ihsan berbelanja..setelah kami bersusah payah berjimat bila dia belum dapat keja dulu...;)



Malam tu, aku ada sedikit peristiwa pahit yang bagi aku pengajaran besar ttg umah kampung...first aku tido, peluk bantal dan aku iringkan badan menghadap ke ubat nyamuk...sebenarnya aku nak elak cahaya lampu samar2...rosham mmg tak ley tido kalo takde lampu..aku bley jer sebenarnya...tapi nak mula tido tu, kene elak la cahaya lampu tu...tgh2 syok tido..dalam kul 4 pagi, idung aku kembang kempis..menahan bau yang menyengat...aku pandang lampu, da nampak bilik kami penuh dengan asap...aku tak panik pun..tp aku dok pk apasal la brasap sgt nih??

Aku bangun dan aku tgk sekeliling..siap bukak pintu tgk dapur takut ada pape terbakar kat dapur...pastu aku tgk balik dalam bilik...terkejut aku tgk bantal yang aku peluk tadi, da tertiarap atas ubat nyamuk!!!! memang da suku terbakar...trus aku angkat bantal tu, punyerla konfiden trus lalu depan kipas...abes bara terpercik smp atas cadar...huhu...sham tersedar, dia trus suh aku simbah bantal dalam bilik air..aku dengan tangkas, masuk bilik air, amek air kolah...jrusss!!!
pagi esoknya, baru aku tgk cadar, malah stokin aku pun berlubang-lubang..kene bara yang terpecik akibat ke'pandai'an aku membawa bantal yang sedang terbakar di hadapan kipas...:(

Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf pada sham ngn family beliau...atas perbuatan yang hampir meragut nyawa dan harta bende tersebut...insyaAllah..pasni aku kene sgt beringat2 bila p umah kampung yang byk bende mudah terbakar..huhuhu...bila aku citer kat ihsan, responnya adalah "budak ni, mmg tak bley bawak dok umah kampung..hehe"..Hahhaa...aku rasa aku takdelah bandar sgt pun....tapi itulah pengajarannya...kita prasan kita cam da cukup kampung dah..padahal byk bende lagi yang kita tak tau pasal kampung sebenarnya...camno nak bermak mertuakan org kampung nih,.haduyai!!!

Setiap perkara mesti ada akhirnya...petang ahad 28 februari tu, rosham dan ihsan anta aku ke Hentian Kemunting Raya...dari dalam bas ni, aku dok taip2 mesej lagi pada ihsan...sedey dan pilu pun ada..tak tau bila lagi ada peluang nak jumpa...sob..sob....:(

selamat tinggal taiping..bandar warisan...huhuhu

p/s: selalu jer rasa, bila on the way nak pegi aku rasa bas lambat sgt bergerak..bila nak balik, cepatnya da smp kl..hurmm.....




Wednesday, February 24, 2010

sehari di Raudhatus Sakinah

Bismillahirahmanirrahim..

Suatu senja semasa aku sedang dok memamah kopok lekor kak nora, aku dapat satu mesej dari no yang takde penah save kat dalam enset aku...rupa2nya ucapan tahniah, dari krew iluvislam kerana terpilih menyertai lawatan ke Raudhatus Sakinah (RS) pada esoknya,20/2/2010..siap suh cnfirm kehadiran sebelum 9 malam..aku da terpinga2..esok? chess...sempat lagi aku dok berkira2...esok aku ada plan apa ek...alhamdulillah...mujo la plan nak p ceramah kat bangi dengan yan and the gang tu hari ahad..so sabtu bley la aku try2 p join xtvt iluvislam wt pertama kali..;)

Bila dapat mesej tu, aku senyap jer..sorang pun housemet aku, aku tak bgtau..sebab ntah..mcm ada perasaan kata, tak yah bgtau la..kang nampak mcm aku ni beria sgt nak brubah, smp g join xtvt iluvislam..hurm..beria2 kah aku??? takut tak istiqamah..kang bila tiba2 aku bertukar imej balik, mau kene gelak guling2 ngn org lain..hahahaha...sungguh paranoid seorang aku ni kan?? tak bley2..kita kene positif babe...setiap perkara mesti bermula dengan langkah pertama...jadi untuk brubah, kene ada satu langkah dulu...baru dituruti dengan langkah2 seterusnya...wakakaka....

masalah aku adalah aku tak kenal sorang pun ahli iluvislam (aku gune 'ili' jer la pasni) secara realiti..aku kenal aqila sorang jer dan malangnya, beliau tidak dapat menjoin ke RS sebab dia ada kelas English course lak ari tersebut..hurm..so, aku nak p sorang2 ke? cam takut, tak yakin..smua ada la..huhuu..last2 aku pk, dulu pun aku jadi fasilitator plkn, sorang2 gak..sorang2 p training..n jumpa kawan baru yang bley p kem sama2..huhuhu...boleh pe? survive jer seorang aku masa tu...time ni ok kot...huhuhuhu..

Tujuan aku apply join p RS sebenarnya adalah untuk berukhwah dengan krew2 dan user ili...sebenarnya, aku nak berhijrah..tapi aku tak bley dok environment lama...boleh, tapi kene kuat la...kita kene usaha baru la bertawakal..kene ada support dari persekitaran untuk bantu kita istiqamah..hadui...pergh...

malam tu, masa p celebrate bday member kitorang dari indonesia, uuf..aku dapat mesej bgtau bley bawak kawan minimum 3 org..hehe..hepi sket..so trus kat situ aku buat annoucement sape nak ikut aku...hehe..mcm2 respon budak2 ni...yang penting, aku berjaya paksa husna temankan aku..hehe..sian gak la beliau...hehe..senang ati ihsan tau aku p ngn usna...dia mmg risau dari sejak aku bgtau aku nak RS lagi..bila aku cakap aku p ngn usna, 2,3 kali gak la tny balik..nak kasik konpem...:) tak kisah..aku relek jer dia wt camtu...hahahaha

raudhatus sakinah adalah rumah jagaan remaja perempuan..yang senang aku cakap, rumah ni adalah untuk membantu remaja2 yang pernah tersalah amik simpang dalam hidup diorang...skrg ni diorang da patah balik untuk jalan yang betul..so fungsi RS sebenarnya bukan tmpat budak terlanjur, usung perut masuk RS, branak, kuar...bukan...fungsi RS lebih murni dan aku rasa, dengan adanya RS, budak2 ni semua ada tmpat nak mengadu...

korang bayangkan la..kalo kita p dating kat shopping complex, pegang2 tgn, peluk2 depan org, susah sgt la nak jumpa org yang akan dtg dan tegur perbuatan kita tu..mmg ada org kuat iman tegah kemungkaran...tapi stakat pengalaman aku yang cetek ni, aku tak penah jumpa lagi..terutama kat kl..kalo ada, mmg aku tabik spring la kat beliau yang berdakwah tersebut..

di RS, pelatih tidak boleh membawa telefon bimbit, dan senang citer, tak de cntact ngn dunia luar selama at least 13 bulan..kecuali atas perintah mahkamah..selama diornag kat RS, diorang hidup dengan menghayati gaya hidup islam sebenar....mula2 aku smp, serius aku takut..aku tak tau dengan siapa aku akan berhadapan...tapi bila naik ke rumah dan berjumpa dengan diorang, aku rasa diorang ni lagi suci dari aku...wajah2 diorang lagi bersih...subhanallah...

At least mereka ada peluang kedua untuk cuba betulkan hidup mereka...aku tak menyesal mengenali diorang kat sana...dengar kisah diorang, dengar pengalaman diorang....kadang2 diorang terpedaya atas sebab yang kita tak terfikir...tapi itulah yang membuka mata kita tentang hidup....ramai lagi yang kurang bernasib baik, tetapi Allah masih beri peluang...

Last, aku nak cakap, tahniah la kat event team ili...buat aktiviti yang sgt bermanfaat kepada kami...semoga Allah sentiasa membantu perjuangan dakwah u all....

iluv iluvislam.com..:)

Thursday, February 11, 2010

Harga sebuah kebenaran...

hari ni 11 february 2010..

rasa mcm da lama tak bukak blog..hari ni tarikh road tax keta aku mati..hehe....so, senang nak ingat tarikh ni..

aku da masuk lab smula..start from a scratch...ntah la dapat ke tak abeskan master on time..takut and tak yakin...tapi seperti saranan ustaz Hasrizal..kita mesti berusaha untuk melihat apa yang kita percaya... kalo aku percaya aku bley lakukannya, insyaAllah...aku akan berusaha hingga aku dapat melihat apa yang aku percaya...:)

iluvislam tak dapat dibukak di upm beberapa hari ni..bila balik rumah baru dapat bukak..huu...sedey..tapi ada hikmahnya..sebab aku bley leka berjam2 dengan iluvislam..bila website kesayangan aku ni hanya boleh di buka di rumah, byk keja lain yang aku boleh buat pada waktu pejabat...insyaAllah...:)

semalam konvoi iluvislam dtg upm..aku excited giler....mcm nak p jumpa artis pujaan..hehe..sebenarnya lebih tringin nak dapatkan tabloid terbaru iluvislam...dan jumpa dengan sahabat iluvislam yang hanya berhubung di ym..aqila izzati namanya...walaupun dia pangkat adik aku, tapi dia byk bantu aku membuka mata dan berfikir tentang kenyataan hidup..thanks sis..alhamdulillah..bertemu juga kita semalam walaupun akk tak dapat lama lepak kat sana..:) dan aku juga baru dapat tahu, presiden iluvislam, mr imran tu sama umur ngn aku..hehe..kagumnya akan dengan kejayaan dia dan kawan2 melebarkan dakwah melalui iluvislam...tahniah!!!!

cuti chinese new year ni, aku plan untuk fokus pada proposal..baiki mana2 yang patut untuk mintak doc tgk..dan if possible nak mulakan chapter 1,2,3 thesis aku..da sem 2 ni..kene gerak pantas...huhuhuhu....

ha..terpandang plak tajuk.."harga sebuah kebenaran"..aku sebenarnya takdelah kuat sgt memegang kepada istilah berkata benar...tapi aku tak bley bertahan lama untuk menipu demi menjaga hati dan keadaan..aku prefer untuk ambil pendekatan berdalih untuk menjaga situasi...sebab aku paling takut bila kita buat salah sesama manusia dan tidak akan diampunkan..kalau kita buat salah dengan Allah, Allah sentiasa ada dan Allah Maha Pengampun...kalo kita buat salah dengan manusia, kalo tak sempat minta maaf...smp bila2 pun aku akan dihantui rasa bersalah..huhuhu...ntahlah..prinsip masing2 la kan..he




Wednesday, February 03, 2010

Dear sayang..

Hari ni, 3 Februari 2010...

Baru hari ketiga ihsan memulakan tugas sebagai pembantu jurutera..walaupun kene buat keje civil yang dia tak tau, takpela...aku harap dia belajar...hope boleh jadi bonus bg dia nanti...:) ilmu Allah tu luas...tak terhad kepada sesuatu..semakin kita belajar, semakin banyak ilmu yang kita tahu...semakin lama kita hidup pun, makin banyak ilmu hidup yang kita belajar..ilmu Allah ada dimana2, dalam bentuk apa jua pun..subhanallah..:)

Selepas aku belajar untuk meminati bidang degree yang aku tak pernah terfikir pun, aku rasa aku makin terbuka dalam menerima sesuatu yang baru dalam hidup aku..Alhamdulillah, aku masih berada di bidang aku, menyambung pelajaran dan semoga dengan izinNya aku boleh terus bekerja dan menuntut ilmu dalam bidang yang kini makin kucintai...takdir Allah itu indah..Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kita..:) sesuatu yang kadang kala penuh dengan kejutan..

Bersangka baiklah dengan Tuhan Yang Maha Penyayang...

Friday, January 15, 2010

Bersemangatlah...

"Mungkin kami membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagi kamu, dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagi kamu, dan Allah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

(Surah Al- Baqarah : 216)

Janji Allah dengan jelas menjelaskan setiap apa yang berlaku pada kita adalah yang terbaik bagi kita...tetapi kita sgt jarang mensyukuri nikmatNya...

Smp sekarang, Ihsan masih belum dapat keja tetap..Allah uji dia, dan uji kesabaran aku jugak.. Memang betul la cakap org, bukan senang nak dapat keje sekarang.. tapi bila tgk org lain senang sgt dapat keje, iman dan kesabaran aku betul2 teruji...Ya Allah ampunilah hambaMu... :(

Kita mengaku kita beriman, tapi bila diberi ujian, mudahnya kita mengalah dan mengambil jalan pintas untuk selesaikan masalah...Kita mengaku kita sabar, tapi dalam hati memberontak menyoalkan kenapa takdir ini berlaku...di sinilah Allah sudah berikan janjinya pada kita...Yang terbaik hanya datang dari Allah..

Moga dengan ujian yang melanda, hati kita lebih mengingatiNya...

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

(Surah Ar-Ra'd : 28)

Wallahualam....

Monday, January 04, 2010

Dear bloggiee...

Hari ni 4 Januari 2010...

Ya Allah Ya Tuhanku..Kurniakan lah ketabahan dan kesabaran kepada sahabatku yang sedang diuji di dalam kehidupannya...Sahabat, percayalah dengan janji Allah..Rezekinya ada di mana-mana. Mungkin sekarang kita diuji dengan pelbagai kesengsaraan dam kesempitan hidup...Percayalah, kita dipilih oleh Allah untuk menerima ujianNya..supaya kita sentiasa mengingatiNya...Mereka yang diuji dengan kesenangan lebih sukar daripada diuji dengan kesusahan.. Jika kita senang, kita mudah lupa..Mudah lupa dari mana kesenangan itu datang..

Sahabat,
Semoga terus tabah dalam menempuhi smua ini...aku akan terus berada di belakangmu selagi Allah mengizinkan aku...aku hanya mampu kirimkan doa moga Allah ringankan bebanmu...

InsyaAllah..percayalah dengan janjiNya... Sabar, redha, dan bersangka baiklah...

Wallahualam...
24th August 2007