Thursday, May 27, 2010

Elaun oh elaun...

Hari ni elaun scholar masuk...dapat ar duit poket rm 1500..hape lagi, enjoy!!! enjoy jadah..duit keta, duit myk, duit brg dapur, duit sewa umah, duit api air, duit utang ngn member dan lagi dan lagi...list yang setiap bulan kene check everytime duit elaun masuk...lalalala...ni baru nama idup..we need to pay bills to live..cet!

bulan ni, bulan pertama la aku nak belajar jimat cermat..setelah bulan lepas dilanda kesukaran hidup amat sgt..setelah incik kreta membuat hal yang tidak mampu aku handle sendiri..tiba2 aku rasa cita2 aku da bertukar nak jadi cik pomen..kalo aku seorang cik pomen..mesti incik kreta takut nak buat hal kan..sebab dia tau aku mmg tak takut kalo dia buat hal..ni atas sebab musabab aku bukan cik pomen lah..incik kreta brani memijak kepala tuannya...hampagas btul..tapi takpe..walau apa pun, incik kreta tetap di hatiku..dok berkhidmat siang dan malam...hehe..jgn majuk lagi k incik buah hati pengarang jantung..hehe...

Aku mula belajar berjimat, tadelah makne aku boros..aku tak boros..cuma skrg kene sgt berkire2 untuk mengeluarkan duit blanje..hihihi..aku nak tanam niat bulan baru nih..tanak mintak duit kat incik abah ngn incik abg lagi da...tebal da muke..walaupun mak aku cakap, taraf aku sbg student ni, membolehkan aku memintak duit lagi, tapi hagak2 la..sndri mau ingatla..da besau pjg...nnt nak kawen cane..takkan nak mintak duit lagi..waaa~~ nak kawen kah~~ gatai sungguh..(--")

tapi, aku rasa, aku enjoy bila mana aku dok mengira2 nak spend duit..even on food pun aku berkira..so, jgnkan pulak nak kira2 nak p join tgk robin hood ngn shrek final episode kat wayang ngn cik2 housemet..hihihi..pastu, aku rasa sgt menghargai makanan2 bila mana kita beli dengan belen duit yang makin menyikit..kalo dulu aku dok marah2 makanan tu sebab buat aku jadi gemuk..skrg, dengan sen yang ada, aku bantai nasik2 tiap2 hari untuk cover lapar selama yang boleh...malam plak masak nasik lagi..masak lauk sendiri...ikan bilis bercili ngn telur dadar, kuah kicap cap kipas udang kaler merah..pergh!! prasaan dia, kalah kenny rogers..hihihi..

sekali sekala terima ujian Allah ni, menjadikan idup kita bervariasi..seronok pun ada, kadang2 sedih pun ada..standardlah..tapi bila di uji, dan kita redha menerimanya, akan ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan...subhallah..hihihi..

p/s: pasni nak cabar diri menabung plak..hehe..

Monday, May 24, 2010

Masa-masa sukar..

Semalam...

Ihsan baru balik dari Kuala lipis ptg sabtu lepas..mcm2 dingomelnya..makan mahal pastu tak sedap..rangka ayam pun tawar..hehehe...mentang2 la kuala lipis tu kampung aku, suke suki jer ngutuk..chettt!! Hahaha...biasala..baru dua minggu dok sana kan...nnt da bertahun2 da tak trasa apa da..heheh..

He..Aku rasa kalo bukan sebab kami ni mmg org tak berduit, mesti mahal tu bukan bende yang dirisaukan sgt...tapi bulan2 yang berlalu ni, idup trasa perit..Ihsan baru nak stat keja, cari umah sewa..gaji full bulan pertama pun blum dapat, da kene p outstation...kene dulukan duit sendiri...pindah umah..ke hulu ke hilir bawak bawak barang..mmg nazak ah..yang aku pulak, keta dok buat hal...eksiden kemik depan..enjin overhaul...kipas radiator jammed...kat keta jer aku rasa da abes stgah ribu bulan ni..so bila tiba ujung2 bulan camni...aduh..peritnya...tak de spare langsung..smp muke da nek tebal mintak duit kat abg yi ngn abah...


semalam, dengan berbekalkan rm 50, aku gagah jugak p bukit subang jumpa ngn Ihsan..isi minyak rm 20..tinggal rm 30..p sunway pyramid..Ihsan nak sgt tgk Shrek 3D..kami p gak la tgk..tiket rm 40!! waaa....Ihsan cakap takpa..dia bayar..padahal duit dia pun tinggal rm70..aku dok pandang dia..risau..dia cakap takpa2..tapi otak aku tak ley proses "takpa" dari beliau..huhuhu...

sepanjang dalam keta..aku diam..Otak aku berpusing2..sambil dengar citer ihsan...lama2 air mata aku menitis..selalunya bila ihsan crita sshnya dia takde duit..aku mampu jugak hulur rm10 sekeping dua..ni aku tinggal rm 30 ja..aku rasa sayu sgt..tak tau nak kata...aku dok kira2 duit dia nak makan..duit nak isi minyak moto dia..

Ihsan nampak aku kesat air mata..cepat2 dia tny kenapa..pastu join kesat air mata aku jugak...dia trus sayu tgk aku..kenapa..dia ttp bertanya..aku senyap..tahan sebak....bila da ok, baru aku bgtau dia apa yang aku pk..Ihsan sayu tgk aku, dia kata takpa..dia ok..dia bleh hadapi smua tu..aku tau dia mmg dari keluarga ssh...dia da biasa..patut aku tak yah wisau apa2..

Tapi smp la ni aku dok risau..apa dia makan ari ni, esok, tulat...mesti org lain cakap aku poyo gile ah..dok pk apa dia buat sumer..tp ntah..smua org lain2 kan?

malam tu, smp bukit subang,nampak pasar malam..kami drop by, beli nasik ngn rangka ayam goreng..dapat murah sikit sebab gerai da nak tutup..hehe..aku ngn ihsan dok kat bawah umah flat dia..makan nasik bungkus...tiba2 aku rasa cam sweet lak..hahaha..tak ramai kot yang dapat rasa susah senang bersama2..zaman2 takde duit camni..nak kawen pun mak bapak tak konfiden sebab kewangan takda...hehhe..ntah..

smp bila zaman susah ini akan berakhir..tapi aku percaya dengan usaha, sabar, dan tawakkal..smoga smua susah senang ni, kami akan ingat smp bila2..zaman2 takde se sen pun dalam poket sluar..sluar and baju nak p keja pun ada dua tiga helai ja...

sWEEt memories 2010...

Wednesday, May 19, 2010

Sekadar perkongsian ilmu.. selalu rasa diri kita tidak sebertuah org lain kan? inilah jawapannya...insyaAllah


Kegagalan Mengajar Erti Kehidupan
www.iLuvislam.com
Ustaz Rashidi Abdul Wahab*
Editor : Im Koyube


Setiap Isnin petang, kami di iLuvislam.com akan mengadakan usrah bersama para pekerja sepenuh masa di sini. Perbagai topik dan perbincangan telah dibahaskan. Di antara topik yang pernah dibahaskan itu seperti; manusia diberikan pilihan untuk memilih, kerja secara berkumpulan, berusaha tangga kejayaan, bersyukur dengan segala pemberianNya dan sebagainya lagi. Namun, semasa giliran saya menjadi naqib, saya memilih satu topik yang sedikit berlawanan dengan topik-topik sebelum ini dengan menjadikan kegagalan sebagai subjek perbahasannya.

Setiap ahli usrah dikehendaki menceritakan kegagalan yang paling teruk pernah menimpa mereka. Pelbagai reaksi daripada perkongsian topik ini. Kebanyakkan mereka menceritakan pengalaman menghadapi kegagalan di dalam peperiksaan semasa pengajian dan sebagainya. Begitu juga saya, tidak terlepas daripada perkongsian tersebut.

Persoalan yang selalu kita dengari jika seseorang itu menghadapi kegagalan ialah; kenapa aku gagal sedangkan aku telah berusaha bersungguh-sungguh?, berdoa siang dan malam, akan tetapi kejayaan tidak juga muncul tiba. Di mana silapnya aku? Adakah Tuhan tidak menyayangi aku?

Bagi menjawab persoalan ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya telah jelaskan semasa usrah tersebut. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

Berusaha Untuk Memilih Kejayaan

Imam Abu Hassan al-Asyaari memperkenalkan teori al-Kasbu (usaha) di dalam membincangkan kudrat Allah Taala dan perbuatan manusia, iaitu pandangannya adalah pertengahan di antara golongan Jabariyyah dengan Muktazillah. Golongan Muktazillah berpandangan bahawa manusia yang menciptakan perbuatannya sendiri. Golongan Jabariyyah pula berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatan apatah lagi berusaha untuk melakukan sesuatu. Manakala Imam Abu Hassan al-Asyaari berpandangan bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatannya akan tetapi berkuasa untuk berusaha.

Beliau menafsirkan al-Kasbu dengan maksud ia adalah kuasa hamba untuk melakukan perbuatan yang mana perbuatan tersebut diciptakan oleh Allah Taala. Bagi hamba (manusia), al-Kasbu tidak memberikan kesan yang nyata di dalam perbuatannya. Ini bermakna segala perbuatan yang diusahakan adalah sesuatu yang dikuasai oleh kuasa bersifat baharu yang diciptakan oleh Allah Taala kepada manusia.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuatkan itu."
(Surah al-Soffat: Ayat 96).

Daripada teori al-Kasbu ini, dapatlah kita fahami bahawa setiap manusia diberikan pilihan samada untuk memilih kebaikkan ataupun memilih keburukkan. Jika kita memilih dan berusaha ke arah kebaikkan maka kebaikkan yang kita perolehi. Namun jika kita memilih dan berusaha ke arah keburukkan maka keburukkan yang kita perolehi. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu: Jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah ar-Rad: Ayat 11).


Dugaan Kegagalan Setelah Berusaha

Di dalam menjalani liku-liku kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan daripada Allah Taala. Ujian yang datang tidak kira masa dan siapa sudah tentulah tersembunyi segala hikmah dan akan menjadikan diri kita lebih kuat.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Surah al-Anbiya: Ayat 35).

Setelah kita penat berusaha bersungguh-sungguh untuk memilih kebaikkan dan kejayaan, sebagai umat Islam yang menyakini kekuasaanNya, kita disarankan untuk berdoa memohon diperkenan daripadaNya. Ini kerana Allah Taala sentiasa mendengar segala permohonan dan rintihan hamba-hambaNya.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah: Ayat 186).

Walaubagaimanapun, kadang-kala apa yang kita doa dan pohon tidak semestinya diperolehi dan dimakbulkan pada ketika itu. Jika berlaku perkara ini, kita perlulah berbaik kepada konsep mengimani Qadha dan Qadar iaitu:

- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini samada ia sesuatu kebaikkan ataupun keburukkan.

- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini walaupun kita diberikan pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh.

- Menyedarkan bahawa hakikat manusia itu lemah dan perlu kepada Allah Taala.

- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

Selain itu, dugaan juga datang bersama tujuan dan hikmah yang tersembunyi. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Hikmah itu pula kadang-kala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah al-Mulk: Ayat 2).

Sabar Di Atas Segala Dugaan

Dengan dugaan kegagalan, kita belajar erti kesabaran. Ada ulama mentakrifkan sabar ialah menjauhkan diri daripada mengingkari, tenang ketika menelan kepahitan bala serta menampakkan ketidakperluan kepada makhluk ketika ditimpa kefakiran di dalam menempuh ranjau kehidupan. Malah Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat mentakrifkan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain Allah Taala.

Kesabaran di atas musibah dan kegagalan yang menimpa ialah dengan menyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah medan ujian dan cubaan. Allah Taala akan menguji iman hambaNya dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Dia juga menduga hamba-hambaNya yang beriman dengan pelbagai cabaran agar Dia membezakan di antara orang yang jahat dengan yang baik dan yang beriman dengan yang munafiq.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Alif Lam Mim. Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata: Kami telah beriman sedangkan mareka belum diuji."
(Surah al-Ankabut: Ayat 1-2).

Musibah dan dugaan ini pasti akan datang samada terhadap harta benda ataupun diri sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:

"Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu."
(Surah ali-Imran: Ayat 186).

Firman Allah Taala lagi bermaksud:

"Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya."
(Surah al-Baqarah: Ayat 155-157).

Tidak syak lagi bahawa orang mukmin yang sejati akan menanggung musibah ini dengan sabar dan penuh pasrah, bahkan dengan redha dan gembira. Kerana dia pasti musibah ini tidak diturunkan oleh Allah Taala kecuali untuk menghapuskan dosa-dosa serta menghilangkan kejahatan di dalam dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain itu, musibah dan dugaan itu juga adalah untuk mengangkat darjat orang-orang beriman kepada satu darjat dan kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah Taala. Jika mereka menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan maka Allah Taala akan mengangkat lagi darjat mereka itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Apabila Allah telah mendahulukan kedudukan seseorang hamba kepada satu kedudukan yang tidak mampu dicapai dengan ilmunya maka Allah mengujinya pada tubuh badan, keluarga serta harta bendanya, kemudia Allah menjadikannya sabar terhadap ujian yang menimpa sehinggalah dia mencapai kedudukan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
(Riwayat Abu Daud).

Redha Dengan Segala Ketentuan-Nya

Dengan kegagalan jugalah akan mengajar kita erti keredhaan. Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat telah mentakrifkan redha ialah perasaan senang hati dengan kepahitan qadha atau takdir. Manakala di dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah menukilkan kata-kata Imam al-Muhasabi dengan mentakrifkan redha ialah hati tenang di bawah ketentuan hukum.

Rasulullah S.A.W. telah menerangkan bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan manusia yang paling kaya kerana dia adalah orang yang paling gembira dan tenang, paling jauh daripada dukacita, sedih, marah serta kesempitan jiwa. Kaya bukanlah dengan banyaknya harta benda dan wang ringgit, tetapi kaya itu adalah kayanya hati dengan iman dan redha.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Bertakwalah kamu terhadap perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi manusia paling beribadah. Redhalah dengan apa yang ditentukan Allah kepadamu nescaya kamu menjadi manusia paling kaya."
(Riwayat Tarmizi).

Redha juga merupakan sebab yang kuat untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Manakala kemurkaan pula merupakan sebab kesengsaraan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya."
(Riwayat Tarmizi).

Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya. Di sebabkan itulah kita perlu redha di atas dugaan kegagalan yang menimpa diri kita ini.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah."
(Surah al-Bayyinah: Ayat 8).

Syukur Di Atas Nikmat-Nya

Kegagalan juga dapat mengajar kita erti kesyukuran. Sebahagian ulama mendefinasikan syukur ialah hati yang sentiasa teguh mencintai pemberi nikmat, anggota sentiasa mentaatiNya dan lidah sentiasa bergerak menyebut dan memujiNya. Imam Ibnu Abidin di dalam kitab Dalil al-Falihin mentakrifkan syukur ialah mengiktiraf nikmat serta melaksanakan khidmat. Sesiapa yang banyak melakukannya dia dinamakan orang yang benar-benar bersyukur.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur."
(Surah Saba: Ayat 13).

Kegagalan yang kita hadapi kini adalah secebis sahaja daripada episod kehidupan yang penuh kesenangan, sedangkan nikmat yang diberikanNya sebelum ini terlalu banyak jika hendak dihitung dan dikira. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."
(Surah Ibrahim: Ayat 34).

Syukur merupakan makam (kedudukan / peringkat) yang tertinggi bagi pengamal Tawasuf kerana ia melibatkan hati, lidah dan anggota. Allah Taala juga menyuruh kita banyakkan bersyukur dan menegah kekufuran sepertimana firmanNya bermaksud:

"Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengufuri (nikmat) Aku."
(Surah al-Baqarah: Ayat 152).

Allah Taala menyifatkan sebilangan besar manusia tidak bersyukur sedangkan betapa banyak kelebihan dan nikmat daripadaNya yang telah diberikan. Hanya sekali sekala dugaan datang, ia sesekali tidak akan melenyapkan nikmat dan kesenangan yang telah dikurniakanNya sebelum ini. Begitu jugalah jika dilihat pada dugaan dan ujian yang menimpa orang lain, alangkah bersyukurnya kita kerana dugaan yang kita perolehi tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Tidakkah kita bersyukur lagi?

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikanNya) kepada manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak mensyukuri."
(Surah an-Naml: Ayat 73).

Kesimpulan

Dalam mendepani ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka serta penuh redha. Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan kegagalan ini dengan penuh ketakwaan kepadaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah."
(Riwayat Tarmizi).

Bergembiralah bagi sesiapa yang diberikan ujian! Bergembiralah juga bagi sesiapa yang sabar dan redha dengan ujian tersebut!

Dugaan kegagalan mengajar kita erti berusaha lebih kuat. Kegagalan mengajar kita erti berdoa setelah kita lalai daripada mengharapkanNya. Kegagalan juga mengajar kita erti kesabaran dan keredhaan dengan segala dugaaNnya. Kegagalan turut mengajar kita erti kesyukuran setelah mendapat nikmat kejayaan. Kegagalan itulah yang mengajar kita erti kembali kepadaNya setelah diri lupa dan leka mengingatiNya.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
(Surah al-Araf: Ayat 168).

Kegagalan mengajar kita erti kehidupan!

Wallahualam.

“Memberi dan Berbakti”

*Ustaz Rashidi Abdul Wahab merupakan content executive iLuvislam.com. Berkelulusan Universiti Al-Azhar, beliau menggunakan 'nickname' buluh dalam komuniti iLuvislam. Blog beliau adalah http://buluh.iluvislam.com.

Tuesday, May 18, 2010

Kenanganku bersama kalian yang aku sayang....

Chewahh..baca tajuk pun da tak bley blah..hahahaha..takpe2..entry kali ni aku dedicate untuk dua org yang istimewa dalam hidup aku selepas family aku..hehehe...Rosshamsuraya dan Mohd Nurul Ihsan...so sedikit jiwang lah keyy..hehe..

Jumaat lepas, 14hb mei, pas abes ngaja kat skolahm syam bergegas nek bas p kl..aku pun ngn ready dan tawaduk tunggu dia kat bukit jalil..aku ingatkan dia datang sebab nak jumpa kawan dia, Danial..tapi rupanya dia datang sebabnya aku kata aku bosan kat kl sorang2 weekend ni..waaa~~ terharu ah..sob~~ ini baru la kawan terbaeekk..hehe..

sham tido umah aku malam tu, cam biasa ah..kitorang tido luwa..kitorang berdua kalo dapat tido sekali, mmg rancak ah berborak..kalau tak tahan ngantuk, sambung esok pagi..hihihihi...sayang la ko shamm..hehe

sabtu, aku p beli barang2 untuk adik aku, ingat nak p ziarah skali beliau kat sana, tapi tak bley datang awal..so, kakak aku jer la p tgk dia..aku ngn sham trus ke bukit subang untuk amek Ihsan..memang planningnya nak kuwa bertiga..smp jer kat bukit subang, tiba2 aku pasan air cond da tak sejuk..aku pun jadi seram sejuk..bukan apa..keta CBL aku ni, pantang aircond jadik panas..tu maknanya temperature bakal naik..haaa...aku pun tak brani gerak..kami p petronas..benti check air ngn minyak itam..sumer ok..sebelum gerak tadi aku da check..aku da glabah..check2 radiator fan mcm tak pusing..aku call abah..abah suh benti dulu tunggu keta sejuk sikit..so, kami bertiga pun p lepak bawah pokok sambil pekena laksa ngn ABC...tapi tau jerla kalo hati tgh risau..masa tu aku rasa laksa tu pun tak mo masuk tekak..huhu~~

syam kol abg mijun dia..mujo bliau blum masuk keja..so abg mijun dia bley la cuba dtg tgk..aku pun call abg yusman aku..beliau mmg pomen pun..tapi umah dia jauh plak..so, sementara tunggun abg mijun dtg, kami p lepak petronas, solat asar siap2..abg mijun smp, check2 mmg fan tak pusing dan fius da terbakar..Fuh~

Aku kol abg yusman, dia suh bawak keta p umah dia kat sri petaling..aku pun gagah la bawak, mintak tolong sham ngn ihsan teman..huhuhu~~ mujola bila smp sana, abg aku bley tolong setel sumer..so, mageb la baru kami balik..on the way balik p beli tiket bas sham kat shah alam, kami lepak2 depan plaza alam sentral dan makan char kuwy tiaw feveret ihsan..hehe...

pastu, malam makin larut..aku dok pk2 nak balik serdang ke tak..sham pun dok pujuk2 tido umah kakak dia kat shah alam..Ihsan pun tak bg aku bawak keta malam2 sgt..lagipun dia cukup pantang kalo aku tgh ngantuk bawak keta..sebab da ada sejarah eksiden sebab aku ngantuk...huhu~~


so, aku stuju la tido umah kakak syam..kami trus mrayau smp icity..hehehe..aku pnh dtg sini dgn ihsan, kak ya dan anaknya..tapi masa tu ihsan tak benti..so kali ni aku paksa jugak dia benti..tu pun ngan syarat aku tido kat shah alam..hehe..ok jer..no hal..he



malam tu, smp umah kakak syam trus aku mandi dan basuh baju sebab nak pakai smula esok..hehe..mmg penat dan ngantuk..kejap jer mata aku da lena..

hari ahad, aku anta syam ke stesen bas smbil teman syam jumpa danial..he..pastu baru aku p jumpa ihsan...aku rasa bersalah dengan syam..dia datang kl, terpaksa penat2 plak dok ngadap keta aku yang problem...uhuhu..sorry lalink..

tengs syam, ihsan sebab temankan aku masa saat2 aku ssh hati ngn kreta..huhu..

Tuesday, May 11, 2010

Dear diary..again..:D

dua weekend yang penat di mana aku collapse pada hari isninnya..huhuu..baru aku tau..knapa hari cuti adalah hari yang sepatutnya kita rehat..:D

weekend baru2 ni, aku kehulu ke hilir settlekan byk bende..smuanya sebab planning lari ke laut..terpaksa buat planning baru on the spot..yang terpaksa menyebabkan kos meningkat secara mendadak dan masa terbuang dengan sia2..huhuhu...bersabarlah..

tapi alhamdulillah, sabtu lepas, aku tringin nak p icity kat shah alam tu..da lama tringin..Ihsan pun ksian kot tgk aku..so, dia pun gagah jugak bawak aku dengan ditemani kak ya (kakak ihsan) dan anaknya yang cute, iman, ke icity..jam masa tu da pukul 8 lebih dan kami sempat makan dulu dan g ke icity..smp icity da pukul 10 malam..jalan sesak...so, Ihsan tanpa bertanya, trus jer slow2 smp ujung dan berpusing terus balik ke rumah smula..so sempat menikmati cahaya2 neon di icity dari dalam kereta jer...mula2 cam frust..tapi aku tahu..Ihsan nak cepat balik sebab aku kene balik sg.penchala (umah kak zannor aku) malam tu jugak..so, dia risau kalo aku lambat2 sgt balik...:D

Sepatutnya pada hari sabtu, kami da settle angkat barang ke rumah baru ihsan di bukit subang..tapi sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa postpone hari ahad..so aku dan ihsan berkejar2 ke serdang untuk settle kan masalah paip kat umah sewa aku, patah balik ke sg. penchala amek baju2 adik aku yang da siap basuh, dan pegi ke skolah adik aku untuk anta..pukul 5.30 petang baru smp sek sri puteri, cyberjaya..huhu~~ lagi setengah jam waktu melawat habis..mujo adik aku tak kesah..sory yer my dear lalink..akk btul2 da cuba yang terbaik..:D

dari cyberjaya, aku ngn ihsan terus ke puncak alam (umah kak ya ihsan) amek barang ihsan untuk di bawa ke bukit subang, umah baru dia..tu last task la pada hari ahad..penat toksah cakap..makan pun ntah ke mana..aku lapar sgt sebab pagi makan sikit jer nasik lemak tade smbal kat sg. penchala, dan pukul 5.30 ptg tu baru kami makan bertiga kat cyberjaya...yang klaka, masa dalam keta, aku cakap aku lapar, ihsan dok pujuk2 suh tahan...dia kata baru bape jam tak makan da lapar..hahahha..weh..tgk la tahap perut aku cane..da salu dikasi makan byk, mana nak tahan lapar..huhu~~ cane nak diet untuk turunkan berat badan nih..lalala~~

hari isnin (semalam) aku amek gak cuti..tak larat nak tahan mata dan penat..tapi takpela..pasni harap2 takde la kes2 cmni berlaku lagi...penat owh..!!

Monday, May 03, 2010

buat pengantin muslimah..

Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:- "
Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya, Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami. Tetapi!
Wanita dicipta untuk lelaki
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru



Yang belum kau kenal
Yang belum kau biasa
Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Jadilah teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia
Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu.
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkit berahi
Dan ...
Air cukup memadai
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya
Juga waktu tidurnya
Kerana ...
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
Di kala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua ...
Hulurkan tanganmu ...
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan
Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.
Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu."
Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu
telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi
tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman
selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang
memiliki kelebihan.
24th August 2007