Monday, May 03, 2010

buat pengantin muslimah..

Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:- "
Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya, Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami. Tetapi!
Wanita dicipta untuk lelaki
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru



Yang belum kau kenal
Yang belum kau biasa
Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Jadilah teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia
Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu.
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkit berahi
Dan ...
Air cukup memadai
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya
Juga waktu tidurnya
Kerana ...
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
Di kala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua ...
Hulurkan tanganmu ...
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan
Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.
Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu."
Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu
telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi
tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman
selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang
memiliki kelebihan.

No comments:

24th August 2007