Monday, April 19, 2010

Erti Sabar dan Syukur

Semalam kawan baik aku (kawan ihsan gak..:) ) dtg tido umah aku kat serdang...Roshamsuraya nama dier and aku panggil syam..hehehe...aritu aku p taiping tumpang umah syam so bila dtg kl, rajin gak la bliau menyinggah umah aku..aku kenal syam kat KMPK tp kami getting closed kt UMS..so, smp skrg ler kitorang berkawan baik..:)

Citer sebenar aku nak citer adalah pengalaman aku nek public transport atau lebih spesifik lagi, komuter..wee~~dulu aku penah jer nek komuter..tapi sebab keadaan komuter yang salu lambat dan penuh cam sardin manusia dalam tin..huhuhu.aku mmg mengelak sgt2 nak nek komuter..rela aku mintak tolong husna anta aku p sg besi nek lrt star..uhuhu..

syam ajak p jejalan kl dan jumpa sorang lagi kawan kitorang...zana kat sana...syam pun nak carik baju untuk kawen abg dia bulan 5 ni, so kami p la area jalan tar..waktu pegi kitorang naik lrt..so, mmg biasa2 jer la kesesakannya...tapi waktu balik, aku cam pk, malas nak sshkan husna dtg amek aku so, aku tekad nak nek komuter jer dari kl sentral...sambil2 anta syam nek komuter ke shah alam jugak sebab dia nak balik ke umah abg dia kat sana..

org semakin ramai kat ruang komuter bawah tanah masa aku menunggu komuter..aku masih lagi pujuk hati dan bersedia segala kemungkinan..lagipun da lama aku tak nek kan, so, ijat, sabar sikit..wee~~

aku dengar akk kat depan aku tu berborak ngn member dia, bgtau yang waktu tren patut smp da melepasi 3 kali..3 kali jam kat sign tren ke seremban tu blinking..hurmm..apa nak jadi ngn pengurusan komuter kat malaysia... huu~~ ni la punca sebenarnya kenapa org bertolak2 mcm org gila nak masuk tren setiap kali tren smp ke plat form..sebab diorang da tak tahan tunggu lama..penuh pun penuh la..asalkan smp ke destinasi..huhuhu..

masa tren smp, aku cuba bersabar dan lawan org yang menolak aku kat belakang supaya aku tak langgar org depan...tapi tenaga org yang menolak aku tu masya Allah..mujo aku tak tersungkur jer la..huhuhu..bila dapat masuk jer, aku terus ke ruang tengah..sebab aku yakin kalo berhimpit kat ruang pintu tu, aku akan menjadi semakin sardin..huhu..so, kedudukan aku tu selesa jugak dan aku hanya mampu melihat org2 yang terperangkap dekat2 area pintu tren..kesiannya..huhu~~

Bila tren smp kat midvalley, lautan manusia nak masuk lagi pun ramai..dan keadaan dalam tren pun, subhanallah..smp ada seorang lelaki menjerit "jgn tolak!" dua tiga kali..bg aku, itu suara yang biasa aku dengar sejak beberapa minit lepas..tapi yang aku tak dengar lagi adalah " jgn tolak! anak aku ada kat sini!" huhu~~ aku tak nampak besar mana anak dia..tapi aku dapat bygkan..tubuh aku yang besar ni pun tak larat tahan tolakan org, apatah lagi budak2 kecik yang tersepit..ya Allah..huhu~~

tiba2 aku terdetik dalam hati..syukur alhamdulillah aku dikurniakan kenderaan sendiri..huhuu..da la aku baru jer eksiden isnin sebelum ni..atas kecuaian sendiri, mujo kreta aku tak berkecai..huhuhu...tiba2 aku rasa aku nak jaga kereta aku elok2..sebab aku tak nak naik komuter lagi..huhuhu...so, aritu aku belajar erti syukur...:)

dalam tren aku da mesej husna, mintak tolong dia amek aku kat komuter sebab wisau terlepas waktu maghrib..lagipun, sejak rapid kl ada sistem bas baru ni, aku cam da tak tau nak nek bas apa..huhu..alhamdulillah, husna bley dtg amek aku kat stesen komuter serdang...

aku rasa mcm nak tag jer review ni kat org ktm..tapi aku tau diorang pun da sedia maklum bende mcm ni..PM pun nak letak sasaran nak jadikan public transport sebagai pilihan utama, bukan lagi pilihan golongan bawahan...dalam keadaan skrg, aku rasa mmg berat la tanggungjawan kerajaan untuk realisasikan impian tu..sebab aku sendiri takkan nek komuter kalo aku ada pilihan lain..huhuhu...

tapi takpela..pengalaman semalam aku jadikan guru untuk aku..tentang erti sabar dan syukur..:)

No comments:

24th August 2007