Salam..ni aku terbaca dari salah satu ruang forum..maaf sgt sebab tak ingat sape yang post..tapi dari laman web www.iluvislam.com..harap dapat beri peringatan pada sesiapa yang ada niat dalam hati nak berhijrah..insyaAllah..sama-sama kita kongsi..
Bagaimana mahu berhijrah?
Kenal dulu siapa Allah dalam-dalam.
Sebab banyak masalah masyarakat sekarang, mereka belajar agama berkisar hal-hal syariah, ibadah dan feqah; tapi tak sampai kepada ruh dalam mengimani Allah SWT.
Banyaknya kita cuma nampak perkara luaran perlu perfect untuk membuktikan yang kita amalkan Islam. Sedangkan perkara pertama paling tunjang adalah aqidah itu sendiri.
Perlu bersih dengan yakin.Ruh manusia itu sendiri.
Sebab tu Rasulullah SAW ambil masa 13 tahun di Mekah untuk bina generasi Muslim yang beraqidah bersih. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah dan Nabi SAW.
Mereka Muslim bukan takat2 nama, pakaian, percakapan.
Mereka Muslim dalam erti kata sebenar. Mereka diajar untuk mencintai ALLAH dan RASUL lebih daripada diri sendiri selama 13 tahun. Selepas kukuh aqidah, lepas hijrah baru disyariahkan perkara2 spt hukum hakam feqah ibadah dsb.
Kalau betul2 nak berubah, buka buku sirah sahabat. Ambil pengajaran bagaimana hebatnya keimanan mereka dulu. Cuba mencintai ALLAH dan RASUL lebih drpd diri sendiri dulu. baru masuk bab2 lain.mencintai pulak bukan takat2 kata 'Aku cinta ALLAH dan RASULNYA'. kena seiring dengan amal. kena kenal dalam2. mcm nak kenal kekasih. Sampai timbul rasa keinginan yg kuat untuk bertemu dgn Allah dlm keadaan terbaik amal, iman, bersih jiwa raga. sebab dah terlalu cintalah katakan.sampai rasa tak sabar2 nak bertemu NYA, dah tak kisah hal2 kecik dunia ni. Terlalu cinta NABI sampai selawat tak pernah lepas, kisah2 sirah tu dalam kepala, amalan berdasarkan hadis dsb.
Kalau betul2 kita mahu berubah, bermula lah dari kosong. Macam baru memeluk Islam. Pertama sekali memahami erti kalimah saksi syahadah.
Kemudian fahamai rukun iman. Orang yang mengimani Allah, mengimani kebenaran hari akhirat dan kedahsyatannya akan tau, sia-sia kalau bertangguh untuk bertaubat dan berubah.
Sebab kita ada masalah dalam mengenal Allah.
Kita tak tau atau sedar sejauh mana Allah sayang kita. Kita tak sedar ramai yang jauh lebih baik perangai drpd kita tapi tak diberi peluang beriman kepada Allah (kafir). kita lupa bersyukur dengan harga iman dan Islam yang kita miliki. kita tak sedar sebanyak2 dosa kita buat, Allah masih beri peluang untuk bertaubat.
Kita hamba yang tak kenang budi, dan sengaja mencelakakan diri dengan melakukan kejahatan. sbab kita tau last2 kita yg rugi di akhirat kelak. kita tak tau MURKA ALLAH itu sangat menggerunkan. kita tak sedar NERAKANYA sangat pedih dan maha AZAB.
kadang2 kita terlalu take for granted dgn ALLAH yg Maha Pemurah, dan Maha Penyayang.
Allah membuka banyak jalan untuk manusia mula terfikir untuk berubah. sekurang2nya niat dia tu ke arah kebaikan. it takes time.
Kalau dia sendiri tak betulkan niat dia berubah, kita akan nampak jugak suatu hari nanti.
Tapi kalau dia betul2 ikhlas, insyaAllah Allah akan bantu sikit sikit sampai dia sendiri tak mampu menipu diri bahawa ALLAH adalah tujuan yang satu.
tak, kita tak boleh rasa cukup dengan apa yg kita ada hari ini.
Ilmu untuk mengenal Allah banyak dan kita perlu tuntut sampai mati.
Amal kita takkan pernah sempurna dan cukup kalau kita bandingkan dengan sahabat2 Nabi SAW.
Agak2 malu tak nak mengaku umat Nabi Muhammad SAW kat akhirat kelak dengan diri yang sekadar cukup makan je tutup aurat, cukup makan je solat, cukup makan je puasa, zakat etc tanpa ada sumbangan kepada penyebaran Islam itu sendiri?
Akan ada turun naik iman, tapi tugas kita adalah berusaha untuk naikkan bila sedar tengah turun iman. moga2 Allah kasihan kepada kita.sebab syurga itu mahal, bukan untuk org yg cukup2 makan je serba serbi amalan.
Niat ke arah lebih baik setiap hari mesti ada. Istiqamah sikit2 tambah amal, betulkan ibadah, ikhlaskan niat.
Hope jelas jawapan.
Perlu berubah sebab kita adalah hamba Allah bukannya tuan.
perlu berubah sebab Allah beri segala2nya hatta iman yang mahal sedangkan yang kita perlu beri cuma ketaatan dan kesungguhan mencintai DIa.
perlu berubah untuk kenal Allah, moga2 Allah kasihan tengok kita berusaha mengenaliNya lalu dengan RahmatNya, diampuni dosa kita, dan diberi masuk syurgaNya.
Perlu berubah sebab mati itu makin dekat.
perlu berubah sebab akhirat itu benar, syurga neraka itu benar, hari penghisaban itu benar. kalau kita yakin hari akhirat pun dah cukup buat kita mahu berubah. Yakin bukan takat kata2 aje, tapi yakin yang mata, tangan, lidah, kaki, perut, hati akan bersaksi dan me'report' semua dosa, maksiat dan lagha yang kita buat kat dunia dulu bila menghadap Allah. yakin yang kita tak pernah tak buat dosa. yakin yang amal kita sebenarnya tak cukup pun untuk dikatakan layak masuk syurga. yakin yang hanya dengan RAHMAT dan BELAS EHSAN ALLAH saja kita akan terselamat daripada kedahsyatan hari akhirat, apath lagi NERAKA yang PANASNYA mungkin berjuta2 celcius.smapai melecur kulit,bygkan ayam goreng hangus tu adalah kita yg digoreng hangus berkali2 kat neraka asbab byk sgt dosa yg dibuat.sampai timbul rasa gerun dan takut.betul2 takut nak wat dosa.
Perlu berubah sebab hidup ini bukan main2. Allah tak bagi kita nyawa untuk kita sia2kan dengan cinta dunia, dgn kumpul harta, main2 dan berjoli sakan.
Allah tak bagi kita ISLAM untuk kita jadi sekadar binatang ternak: tahu makan, minum, buang air, kahwin, membiak, kerja.
Allah tak beri ALQURAN untuk kita jadikan hiasan rumah.
So, the basic question is; What is your purpose of living? Nak bersuka suki?
Why you wanna change? because you MUST change. because You are a MUSLIM. Because ALLAH choose you to be a MUSLIM, a human being, a chaliph. Because You wanna be safe in the Day of Judgment. and there isn’t a compromise.
Yes, it is a serious matter.it’s about your iman.
if you refuse to change, ask yourself:
1) Who is God? Allah or YOU? Siapa yang tentukan syurga neraka? Siapa yang akan kamu jumpa lepas mati? your buayafren? or ALLAH? Agak2 Allah nak ke jumpa kita yg tak nak kat DIA di dunia ni?
2) DO you believe in ISLAM? If you do, you have no choice but 'samikna wa ato'na' kami dengar kami taat. Dia beri kami terima. Dia arah kami buat. Dia marah kami bertaubat. Dia hukum kami redha.
3) Would you live FOREVER? or, do you even know when would you DIE? Dah confirmke cukup amal? confirmke esok tak mati? Siapa yang confirmkan? ALLAh ke diri sendiri? jgn sampai syok sendiri. itu helah syaitan nak bagi kita stop baiki diri dan terus dekat dgn Allah. itu first step dia, lepas tu kita akan mula tinggalkan sikit2 kebaikan yg kita dah buat. percayalah. dah ramai orang yg iblis tipu. kita bukan bijak sangat daripada iblis, kalau kita bijak kita mesti akan bertaubat cepat2. sebab iblis mmg tgh berusaha selicik mungkin nak bawak kita jadi teman dia kat neraka.hati2lah kalau dah rasa cukup. mungkin dah ada ujub takbur dalam diri tanpa kita sedar.
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main sahaja dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
[Mukminun:115]
No comments:
Post a Comment